script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: 'Tunku Hajjah Azizah' Kini Makin Pulih Serta Di Jangka Akan Keluar Hospital Esok!

KUANTAN 13 Ogos - Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (foto) yang mengalami kekejangan otot pada bahagian atas badan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak dua hari lalu, semakin pulih dan dijangka keluar dari hospital itu esok. Tunku Azizah mengalami kekejangan otot pada bahagian atas bahu (arms and armpit) selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Umar bin Abdul Aziz di Kampung Seri Ketumbit, Kerdau kelmarin bersama dengan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah. Baginda kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh sebelum dipindahkan ke HTAA Kuantan. Tunku Azizah berkata, ketika sedang solat, baginda terasa sakit di bahagian lengan ke atas namun keadaan menjadi lebih teruk kerana tidak dapat menggerakkan badan. Sebelum menghadiri majlis bersama rakyat di Kerdau, baginda dikatakan sakit di bahagian dada namun tidak mempedulikan keadaan itu dan meneruskan aktiviti yang dirancang. “Mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk berehat,” katanya. Tunku Azizah berkata, kira-kira setahun lalu, baginda mengalami kesakitan di leher dan terpaksa menggunakan pendakap leher.

[Pahang Daily Online (PDO) mendoakan kesejahteraan buat baginda Tunku Hajja Azizah. Baginda adalah "bakal permaisuri Pahang" yang amat disenangi oleh rakyat jelata di negeri ini. Sikap baginda yang mudah mesra dengan rakyat dan gemar melakukan aktiviti kebajikan amatlah dikagumi. Kami juga tidak lupa mengucapkan Selamat Ulangtahun Ke-51 kepada banginda pada 5 Ogos 2011 yang lalu. Semoga baginda dipanjangkan usia hendaknya. Paling mengejutkan baru-baru ini baginda sempat mencemar duli untuk berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK hadapan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah Kuantan (foto). Kehadiran baginda bersama anakandanya Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah Tengku Putri Afzan Amina Hafizatullah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah bin Tengku Mahkota Tengku Abdullah (kembar) dan Tengku Putri Nur Jahan Khalsom Athiyatullah telah luangkan masa di padang yang sudah sinonim bagi warga Kuantan. Sesungguhnya, sikap baginda seperti ini amatlah menambat hati rakyat].

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.