KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kerajaan pemerintahan didesak melakukan rombakan keanggotaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluarkan kenyataan kononnya tiada satu pun negara didunia ini yang mempunyai sistem pilihan raya yang bersih. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto) berkata kenyataan Aziz itu secara tidak langsung membuktikan sistem pilihan raya di negara ini sememangnya kotor dan tidak telus sebagaimana yang didakwa Pakatan Rakyat sebelum ini. Mahfuz menambah Aziz sebagai pegawai tertinggi SPR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang hanya mendedahkan kepincangan dalam SPR itu sendiri. “Saya cukup kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan tidak ada daftar pemilih didunia ini, yang bersih. Jadi bagi saya ini satu kenyataan yang sangat memalukan,” katanya. Mahfuz menegaskan, rombakan keanggotaan SPR itu harus dilakukan sebelum PRU-13 akan datang, dengan pelantikan dilakukan oleh Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen. “Oleh kerana sifat dan nilai patriotik itu sudah tidak ada pada SPR maka satu proses rombakan terhadap SPR perlu dilakukan segera supaya dilantik di kalangan mereka betul- betul bebas dan semua SPR yang ada ini perlu diberhentikan, ditamatkan perkhidmatan mereka sebelum pilihan raya umum yang akan datang. "Badan yang akan melantik anggota baru itu perlu bebas dan diselia oleh Parlimen. Badan tersebut bukannya terdiri daripada penjawat kerajaan atau pihak eksekutif kabinet Najib,” kata Mahfuz Omar.
Sindrom Penafian Oleh SPR Akhirnya Makan Diri
SPR sebelum ini bersungguh- sungguh menepis dakwaan yang mengatakan sistem pilihan raya dinegara ini dicemari dengan elemen penyelewengan dan salah guna kuasa. Pakatan Rakyat telah berkali- kali berjaya membuktikan wujud pelbagai kepincangan dalam sistem pilihan raya antaranya senarai daftar pemilih yang meragukan, pengundi hantu, pengundi klon dan sebagainya. Pelbagai laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. “Isu di Malaysia sekarang ini ialah isu kerana ada pihak yang cuba mengkotorkan system pilihan raya dan juga daftar pemilih tu sendiri. Jadi bukan itu tak ada di dunia ni pemilihan yang bersih. Itu sautu persoalan yang lain,” katanya. Sikap dolak dalih SPR dan kerajaan pemerintah memaksa rakyat turun beramai- ramai ke jalanan bagi mendesak agar diadakan penambahbaikan dalam pilihan raya negara ini. “Tapi di Malaysia sekarang sudah banyak dipertikaikan tetapi sebelum ini semuanya dinafikan oleh SPR, tiba-tiba apabila dibuktikan oleh semua pihak, Bersih dan parti politik membuktikan, akhirnya dia mengaku tak semua daftar pemilih di dunia ini bersih. Jadi baru dia akui bahawa daftar pemilih di negara ini tidak bersih. Sistem pilihan raya itu tidak bersih,” katanya lagi.
[Dalam kenyataan itu Mahfuz juga membangkitkan kebimbangan banyak pihak bersabit isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing yang sekaligus mendapat hak untuk menjadi pengundi. Biarpun kerajaan cuba menutup kebenaran yang didedahkan, namun rakyat secara amnya kini hilang keyakinan atas segala tindakan tersebut. Malah, pendaftaran PATI yang begitu ramai juga dilihat menjurus ke arah penyelewengan jika ia ditangani dengan cara yang tidak betul. Lantaran itulah pembersihan pilihanraya perlu dilakukan jika kita mahu melihat demokrasi di Malaysia dapat terus subur untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Malah, tindakan Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi itu seolah-olah mengesahkan yang wujudnya kepincangan seperti yang diwar-warkan selama ini. Akhirnya kebenaran terbit jua ketika umat Islam jalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini].

byk burma dah jadi bumiputra.
BalasPadamhabis lah rakyat peribumi nanti kalau mcm ni lah jd nya anak cucu cicit kita yg akan kencing kan kubur datuk nenek mrk krn jadi pengkhianat kpd negara sendiri. pndatang asing akan berkuasa dan rakyat peribumi akan merempat di negara sendiri salah siapa? pencacai2 umno masa tu nanti agak2 kat mana yer? atau malaysia akan jd negara replublik? tp masa itu aku dah berada dlm kubur lantak lah yg tinggal lg pun bukan salah rakyat sendiri salahkan lah pemimpin krn utk kuasa..
BalasPadammahfuz otak udang pas bercakap lagi.
BalasPadamdia suruh SPR dirombak.
malah mahfuz desak agar seluruh anggota SPR ditamatkan perkhidmatan sebelum pru 13.
kepala bana sungguh la mahfuz otak udang ni.
kerana KECEKAPAN/KEADILAN SPR membolehkan kau jadi ahli parlimen.
kerana KECEKAPAN/KEADILAN SPR lah membolehkan pakatan menang 5 negeri.
sebelum kau suruh seluruh anggota SPR letak jawatan, elok kau letak jawatan dulu dan bubarkan 5 DUN yang pakatan menang.
bodoh punya mahpos !