script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peminat Kecewa, Ada Juruhebah Muda Di Pahang FM Tidak Menghormati Kesucian Bulan Ramadan!

KUANTAN, 15 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap sebilangan Juruhebah Radio Malaysia Pahang FM (foto) yang tidak peka dan menghormati bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ia melibatkan beberapa orang Juruhebah muda yang dilihat masih memberi ruang yang seluasnya untuk memutarkan lagu-lagu hiburan "biasa" terus di corong radio tersebut pada bulan puasa ini. "Sepatutnya kerajaan perlu bertegas dengan mengawal rancangan hiburan di radio dan TV ketika bulan puasa ini. Aura Ramadan perlulah disemarakkan agar ia memberi keinsafan kepada umat Islam terutamanya pendengar radio terbabit", kata seorang peminat Pahang FM yang ditemui. "Memang ramai yang tahu, Pahang FM adalah satu-satunya siaran radio yang begitu menitik beratkan soal tazkirah agama setakat ini. Namun, disaat bulan Ramadan ini eloklah siaran hiburan biasa dikurang dan diperbanyakkan rancangan berbentuk keagamaan", katanya lagi. Bagi mereka yang jarang mengikuti siaran radio Pahang FM, biasanya akan mendengar siaran terbabit terutamanya di saat waktu hampir-hampir berbuka puasa. Ini bagi mengikuti laungan azan Maghrib yang ke udara di saluran radion terbabit. "Sepatutnya, beberapa jam menjelang masuknya waktu maghrib antara pukul 6.00 hingga 7.00 petang, penerbit mengarahkan juruhebah yang berkenaan agar memperbanyakkan lagu-lagu nasyid yang berunsur ketuhanan dikumandangkan. Namun, apa yang berlaku sekarang, pada waktu berkenaan Pahang FM masih meyajikan hiburan biasa kepada pendengarnya. Malah, lebih malang lagi apabila lagu-lagu rock dan berunsur percintaan terus keudarakan. Sedangkan ketika itu umat Islam sedang bersiap sedia untuk menanti masuknya waktu berbuka puasa", tambahnya lagi. Semoga Juruhebah terlibat prihatin dengan teguran ini.

[Susulan dengan itu, kami amatlah berharap agar Pahang FM peka dengan kehendak umat Islam. Selama 11 bulan mereka disajikan dengan irama dan hiburan biasa maka apa salahnya sebulan di bulan Ramadan ini sajian yang mendidik jiwa dimainkan. Pengarah Pahang FM perlu bertegas dalam hal ini kerana rata-rata kakitangan mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Amat malang sekali bila saluran radio tersebut juga turut menyajikan hiburan "biasa" tatkala umat Islam sedang bersolat Tarawih. Kita tidak mahu mempertikaikan sama ada Juruhebah yang bertugas bersolat Tarawih atau tidak. Namun, adalah lebih afdal lagu-lagu bercorak ketuhanan dimainkan ketika itu. Jika bukan sekarang, bila lagi lagu-lagu nasyid mahu diperdengarkan kepada peminatnya?. Sudahlah pada bulan-bulan lain, hanya 5% hingga 10% sahaja lagu-lagu nasyid dimainkan. Maka eloklah di bulan yang mulia ini mereka melakukan perubahan. Bulan Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk lakukan perubahan. Kembalilah kepada fitrah manusia dan Islam. Usahlah terus dialpakan manusia dengan hiburan yang melalaikan tatkala mereka sedang menjalani ibadah puasa. Apapun Pahang FM masih menjadi satu-satunya stesyen radio yang terbaik dalam menyebarkan dakwah menerusi rancangan ceramah agama yang diadakan dua kali sehari. Syabas kepada Pahang FM!]
Share:

8 ulasan:

  1. saya pun tak bape sgt nak setuju ngan radio kuantan ni... kt bangun sahur sambil2 nak panaskan lauk buka radio pahang tp lagu yang dimainkan adalah lagu2 yg tak bape sesuai dgn situasa dan masa. cth pagi tadi lagu yg diamainkan adalah lagu2 slow rock yg pernah hot 1 masa dulu... saya pun terus tukar ke radio ikim.. nyampahhh!

    apa salahnya kalu dimainkan alunan zikir ke.. atau nasyid ke.. jadi sedap sket telinga dan hati-hati yang mendergar..

    BalasPadam
  2. Kita bukan meyembah Ramadhan,sepatutnya dalam semua keadaan(hari dan bulan)bersederhana dalam hal ni.Bukan ramadhan sahaja tapi bulan lain..kurangkan muzik yg bingit tu..tak semesti nasyid je,banyak lagu-lagu yang liriknya bermanfaat

    BalasPadam
  3. kan dulu-dulu byk lagu nasyid lama-lama mcm nada murni disiarkan...

    BalasPadam
  4. Di bawah pentadbiran UmnoApcoPorno, dah 240,000 orang Islam murtad, menurut mufti Harussani. Barus sekarang penjilat Umno nak kecoh2 konon2 takut sgt dgn murtad?

    Apabila Rr mahathir menghamburkan kata2 yg boleh membawa kpd terbatal akidah dulu. Apa yg pencacai Umno buat?

    Najib sendiri pernah mengeluarkan kata2 yg boleh ditafsir sebagai mengina Islam. Mana penjilat UmnoApcoPorno?

    Apabila lidah rasmi UmnoApcoPorno Utusex Malaysia menyiarkan kartun yg terang2 menghina hukum Islam. Apa yg penjilat Umno buat?

    Tak payahlah berlagak munafik konon2nya nak membela Islam. Kalau dah anjing tu kejernya makan taik... maka makan taik lah juga.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  5. buat pengkomen yang pertama..nampak snagat tak cerdik..dengar radio tapi telinga pekak..radio pahang hanya beroperasi bermula kul 6 sampai 12 mlm..aok bersahur selepas kul 6 pagi ke? yg aok dengar tu bukan phangfm tapi klasik nasional KL..
    Pengomen ke 4, kesian krn hanya tau mencarut jer, belajarlah..cari ilmu dunia dan akhirat

    BalasPadam
  6. tulah finatik sangat kat karaoke sampai nk perbetulkan keadaan pun kena carut.kita cuma nak mennegur kalau xleh terima lu pikir lah sendiri. ZAKAT DH BAYAR LUM.....

    BalasPadam
  7. as salam...kalo dgr phg fm msa shur tu bkn dj phg fm yg putar sbb sebenarnya phg fm relay dr klasik fm dari 12am hingga 6am...slpas 6am bru lah phg fm ambil alih siaran semula...

    BalasPadam
  8. kalo didgar betul2...phg fm bkn mainkan lagu sebarangan...mungkin lagu rock tp lirik nyer ketuhanan...bukan semua 'warga emas' yg dgar phg fm ni...ada juga golongan muda...kena jaga kepuasan semua pendgr...tp yg pasti kebanyakan lagu pada ramadan adalah berunsur ketuhanan...kalo ada terselit lagu2 rancak tu adat la...kena bersederhana...berhibur tidak pula sampai lalai jika diselang selikan dgn lagu ketuhanan...main internet pn kdg2 ada juga lalainya...betul x?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.