script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Pahang Nasihatkan Ibu Bapa Awasi Serta Beri Pendidikan Sempurna Kepada Anak-Anak Mereka

KUANTAN, 19 Ogos - Ibu bapa perlu mengawasi dan menjaga anak-anak mereka dengan baik dengan memberikan mereka pendidikan dengan sempurna. Di Negeri Pahang ini, tidak ada sebab anak-anak tidak dapat ke sekolah kerana adanya pelbagai bantuan daripada pihak Kerajaan melalui Yayasan Pahang. Demikian diantara pesanan dan amanat yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Adnan Yaakob (foto) semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat DUN Pelangai baru-baru ini. "Saya ingin mengingatkan kepada semua ibu bapa agar menjaga anak-anak kerana mereka sangat penting dan mustahak kepada kita. Berikan mereka pendidikan yang sempurna. Dan kepada anak-anak, belajar elok-elok dan jadilah insan yang berguna. Tidak ada sebab anak-anak kita ini tidak dapat belajar," kata beliau. Tambah beliau, sikap ibu bapa dalam mendidik anak-anak ini perlu betul dan kena pada caranya. Ibu bapa perlu mempersiapkan diri dalam memberi pendidikan yang secukupnya kepada mereka. Dalam Majlis itu juga, Menteri Besar yang juga merangkap ADUN Pelangai juga turut meluangkan masa mendengar masalah rakyat dari kawasan DUN tersebut.

Share:

2 ulasan:

  1. Yang paling penting pendidikan agama. Kalu belajar tinggi tapi agama x reti se habuk takde guna juga. Hukum hakam halal haram dah x kenal. Bila jadi pemimpin besok jadi pemimpin tipu rakyat.

    BalasPadam
  2. Tak ada pun ibu bapa yang nak tengok anak-anak mereka gagal dalam pelajaran..oleh kerana kesepitan hidup ia nya terjadi juga..memang lah boleh cakap banyak bantuan kerajaan diberikan saperti
    biasiswa dan sebagai nya tapi kalau pilih bulu apa cerita..
    Saya gaji tak sampai rm 500 sebulan anak sekolah 4 orang (3 menengah/1 sekolah kebangsaan) seorang anak istimewa..isteri suri rumah
    ..nak makan dan bil bil dah tercungap cungap..tak usah nak dapat biasiswa..borang biasiswa pun tak dapat..2 orang terpaksa saya berhenti kan sekolah..nasib lah seorang nampak jadi orang sikit boleh lah masuk uitm dapat lah wang ehsan rm 500 dari yayasan Pahang..lega lah sikit..dapat lah PTPTN boleh lah sambung belajar..kalau tak jadi macam pak nya jadi jaga..pastua.Terus terang cakap lah hatisaya terlalu hambar untuk menyokong kerajaan..baik jadi macam orang kemboja ke burma ke
    ada lah juga istimewa duduk negeri orang..tanah pun ada..Kita ni duduk negeri yang cukup luas tanah nya tapi yang ada tanah 3x7 saja..iitupun kalau boleh,kalau tidak campak kat laut je.
    Kadang terlalu ikut undang-undang pun tak jadi jugak..jadi lah macam orang luar teroka lah tanah secara haram lama lama boleh juga hak milik..Dulu kita takut nak teroka tanah cara haram nanti didakwa. sebab jaga sangat undang. Sekarang ni merempat di negara sendiri..Saya ingat para pemimpin tolong lah jangan lah bercakap tentang keadilan . cukup berbulu.
    Mujur lah ada kelompok parti yang sudi membuat sedikit perubahan...nampak nya sisa sisa bantuan adalah sampai ke rumah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.