PETALING JAYA, 4 April - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Rabu mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini. Bersih mengumumkannya menerusi satu kenyataan hari ini. Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam. Laporan akhir yang dibentangkan oleh PSC mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan sistem pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima oleh semua ahli jawatankuasa PSC. Perhimpunan Bersih sebelum ini iaitu Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai tahun lalu dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat yang menuntut lapan perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya agar dilaksanakan. Sementara itu, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A.Samad Said (foto) menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti. Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini Saterawan Negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan. "Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0. "Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya. Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia. "Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi. Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini dan ia juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia. "Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan. "Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," kata beliau.
Perlayaran ‘Dayang Mastura’ di pulau legenda
-
Keindahan Langkawi bukan sahaja terletak pada pantai berpasir putih dan
kehijauan hutan hujan tropikanya, malah pada pengalaman meneroka kepulauan
itu da...
4 jam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan