KUALA LUMPUR, 4 April - MCA dengan tegas membantah pengeluaran lesen operasi kepada projek penapisan nadir bumi Lynas sekiranya syarikat itu tidak dapat menjamin sisa buangan dibawa keluar dari negara ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (foto) berkata, selepas banyak perbincangan semasa mesyuarat Majlis Presiden MCA, para pemimpin tertinggi parti memutuskan akan menyampaikan keputusan itu kepada Kabinet dan Majlis Ekonomi Negara. "Selagi mereka (Lynas) tidak dapat memenuhi syarat ini, MCA akan membantah Lynas mendapat lesen operasi," katanya selepas mesyuarat pada Selasa. Terdahulu, Dr Chua berkata, MCA telah menyatakan tidak akan menyokong projek Lynas sekiranya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ia akan membahayakan rakyat dan alam sekitar. "Tetapi seperti semua isu-isu lain di negara ini, ia telah ‘dirampas’ oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Ia dipolitikkan sehingga semua orang di Pahang dan negara ini fikir perlu mengutuk projek ini," katanya.
[Secara zahirnya kita nampak MCA dan Chua Soi Lek nampak mula terbuka dengan isu Lynas ini. Namun apakah kenyataan itu lahir dari kejujuran mereka atau sekadar untuk mengaburi mata rakyat terutamanya kaum Cina agar terus menyokong BN pada Pilihanraya Umum akan datang?. Jika benar MCA menolak Lynas, kenapa parti itu mahu kenakan tindakan dsiplin terhadap Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota, David Choi (foto) yang berjuang bersama rakyat Kuantan dalam isu Lynas ini agaknya?. Di depan mereka tolak tapi dibelakang mereka hukum ahli dan pemimpin mereka yang membantah Lynas. Rakyat Kuantan tidak harus tertipu dengan mainan politik dan taktir kotor MCA ini. Semua ini adlaah usaha untuk meraih undi pada PRU-13 nanti sebenarnya. Justeru itu, lakukanlah perubahan mulai sekarang!].






Dasar pemimpin UMNO/BN yang LIDAH bercabang.
BalasPadamApabila rakyat CERDIK mereka pemimpin boleh dibodoh-bodohkan. Dulu mereka bodohkan kita, sekarang giliran kita membodohkan mereka.
Menjelang PRU-13, biarkan nmereka cakap apa sahaja. Kita berhak minta apa sahaja. Undi PRU-13 biar mereka nangis sendirian dalam TANDAS emas mereka.