script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Fathul Bari: Ikhtiraf Tidak Bermakna Sokong Tindakan !


SHAH ALAM - Dalam kemarahan umat Islam mendesak negara Arab lain tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya pula menyatakan pandangan berbeza. Beliau yang dipetik dari akaun mikro Twitternya berkata, sokongan yang diberikan oleh negara Arab tersebut terhadap kerajaan sementara Mesir tidak membawa erti jika dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyatnya. “Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya. Dalam pada itu, Fathul Bari turut mengambil contoh kerjasama yang dilakukan Pas dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR. Katanya, kerjasama itu bukan bermakna Pas menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan Pluralisme. “Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf PKR dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya. Dalam perkembangan yang sama, pelbagai pihak terus mengecam kekejaman kerajaan Mesir termasuk negara berkuasa besar. Sehubungan itu, ada juga pihak yang menggesa negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menyelesaikan konflik di negara tersebut. #sumber
Share:

3 ulasan:

  1. hambo dok pernah iktiraf dan dok pernah sokong mu wahai pendusta.bermakna hambo dok suko caro mu..dok suko dok bermaksud benci..hahaha..kenyataan bapok syaitan..(arab saudi)pengikut syaitan akan ikut..nampok cam baik..hakikatnya lansung dok baik(jahat,zalim)

    BalasPadam
  2. ISSS sampai berbunuh sesama sendiri, seagama......jgn lak kaitkan dgn parti kt malaysia...

    BalasPadam
  3. menyokong orang jahat, memang jahat.. sokong orng salah, memang salah..sokong org zalim memang zalim...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.