script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Tembak: OCPD Kuantan, Jangan Sebar Berita Palsu !

 

KUANTAN - Polis memberi amaran kepada pihak yang menyebarkan khabar angin konon berlaku beberapa kes tembak-menembak di bandar ini yang boleh mengundang suasana panik dan mengganggu ketenteraman awam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, berita palsu itu bukan saja boleh menimbulkan suasana tidak aman malah mengundang ketakutan kepada masyarakat. Beliau berkata demikian mengulas khabar angin disebarkan pihak tidak bertanggungjawab melalui SMS dan beberapa laman sosial mendakwa berlaku kes berbalas tembak antara polis dan penjenayah di sebuah pasar raya di Jalan Air Putih, di sini, kelmarin. “Polis sudah melakukan siasatan berhubung dakwaan berkenaan dan mendapati tiada kejadian seumpama itu berlaku di kawasan terbabit. “Dakwaan itu palsu justeru orang ramai jangan sesekali percaya khabar angin yang tersebar berhubung kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.Mohd Jasmani berkata, orang ramai sepatutnya menyemak dengan pihak polis bagi mengesahkan sebarang khabar angin bukan percaya bulat-bulat berita palsu yang tersebar. “Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu itu kerana hanya menyusahkan orang ramai,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.