script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Mastermind" Kes Tipu Jualan Tanah Di Tangkap Polis !!


KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai ‘mastermind’ kumpulan sindiket kes penipuan jualan tanah di beberapa negeri berjaya ditangkap pihak polis pada Selasa lalu kira-kira jam 1 tengah hari. Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Kluang, Johor sebelum diserahkan kepada Kontinjen Pahang berikutan 12 kes penipuan dilakukan di sini membabitkan nilai kerugian RM627,600. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, kumpulan terbabit terdiri daripada empat hingga lima orang yang cuba membuat tawaran untuk menyewa tapak milik mangsa dengan alasan untuk membina bangunan sarang burung, projek pendawaian elektrik, pembekalan makanan kepada anak yatim dan sebagainya. “Modus operandi yang digunakan kumpulan terbabit mengajak mangsa menjadi rakan kongsi untuk membeli tanah atau menjual tanah sebelum buat onar seperti menghilangkan diri selepas mangsa memberikan sejumlah wang. “Kita percaya, mereka bergerak secara kumpulan dan polis turut memburu seorang lagi lelaki untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, semalam. Sharifuddin berkata, berdasarkan semakan, suspek didapati bukan sahaja terlibat dengan kes penipuan di negeri ini tetapi turut melibatkan Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dari 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali. Dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa dokumen jual beli palsu, buku cek, geran tanah, kad kredit dan telefon bimbit. Sharifuddin turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didatangi individu yang membuat tawaran sedemikian dan diminta melaporkan kepada pihak polis. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.