script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Wan Ji: Pemuda UMNO Indera Mahkota Lapor Polis


KUANTAN - Negara sekali lagi digemparkan dengan satu video penerangan yang disampaikan oleh salah seorang pendakwah bebas di Malaysia, Wan Ji Wan Husein yang berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara republik tanpa sultan. Tindakan individu yang menggelari dirinya ustaz melalui video tiga minit itu memberi pelbagai reaksi kepada masyarakat. Bagi Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim, tindakan itu sangat biadab dan individu terbabit tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Menurutnya, di saat Malaysia membuat persediaan menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 tidak lama lagi, tindakan itu sangat menggores hati rakyat yang cintakan negara. “Dalam video itu, dia juga seolah-olah menyamakan sultan di negara ini seperti syaitan kerana mempunyai banyak mudarat. “Sebagai rakyat Malaysia, saya kesal dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan seorang yang bergelar ustaz,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota, di sini. Muhammad Faiz berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan keras ke atas Wan Ji yang menghina Kesultanan Melayu di negara ini. “Lucutkan saja kerakya-tannya kerana individu seperti itu tidak layak berada di negara ini,” katanya. Muhammad Faiz juga mahu semua pihak bersatu menyelar dan menolak usaha individu bergelar Wan Ji itu yang bertujuan menghapuskan kuasa sultan pada 2030 kerana jelas tindakan itu bertenta-ngan dengan Perlembagaan Persekutuan. “Perlakuan ini perlu dicegah melalui tindakan undang-undang yang tegas memandangkan didapati semakin banyak usaha jahat dikesan untuk menamatkan sistem raja berperlembagaan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.