script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perompak Beri Salam Sebelum Samun Dekat Maran !!


MARAN - Seorang suri rumah tidak menyangka ucapan salam dari seorang lelaki tidak dikenali berniat menyamun rumahnya di Kampung kabut dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam. Mangsa, Timah Mat Deris, 59, baru pulang dari kedai runcit berhampiran sebelum terserempak dengan lelaki berkenaan ketika hendak ke belakang rumah untuk mengambil pam minyak. Menurut anak sulung mangsa, Hairisa Shamsuddin, 41, seorang lelaki memberi salam kepada ibunya sebelum mengacu parang ke leher mangsa secara tiba-tiba. “Ibu yang tergamam dengan tindakan itu kemudian cuba melawan. "Namun datang tiga lagi rakan penjenayah mengacu tiga parang ke perut ibu," katanya. Hairisa berkata, bahagian atas kiri badan ibunya ditendang seorang daripada empat lelaki ketika mangsa meronta dan menjerit meminta tolong. “Disebabkan tendangan itu, ibu sakit dan tidak dapat bergerak sebelum mereka angkat dan kurung ibu dalam tandas di belakang rumah," katanya. Menurutnya, selepas yakin empat lelaki itu sudah beredar, ibunya memecah pintu tandas sebelum ke rumah jiran meminta pertolongan. “Semasa kejadian, tiada sesiapa di rumah dan ibu pula. “Ibu kehilangan tiga rantai dan lapan gelang emas selain wang tunai RM2,800 serta dokumen peribadi apabila beg tangan dibawa turut dilarikan,” katanya. Difahamkan, itu kali ketiga rumah mereka disamun selepas kejadian awal Januari lalu yang menyebabkan mereka kehilangan telefon bimbit, komputer riba dan wang tunai. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.