KUANTAN - Seorang remaja 18 tahun yang mendakwa sukarelawati pertubuhan kebajikan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diserahkan kepada pihak polis setelah penjelasannya mengenai aktiviti mengutip derma dilakukan tidak memuaskan hati beberapa pelanggan sebuah restoran di Lorong Seri Kuantan 25, di sini, semalam.
Sinar Harian difahamkan, surat kebenaran yang ditunjukkan remaja itu tidak mencukupi untuk meyakinkan orang ramai mengenai tujuan sebenar dia berbuat demikian yang didakwa bagi membantu kanak-kanak cacat di sebuah rumah kebajikan di negeri tersebut.
Kegagalan remaja perempuan itu menunjukkan surat kebenaran atau pengesahan pihak berkuasa negeri ini juga menyebabkan dia diasak dengan pelbagai soalan oleh beberapa pelanggan di restoran berkenaan.
Tidak puas hati dengan penjelasan remaja terbabit, orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut termasuk menjalankan siasatan sama ada kegiatan mengutip derma itu sah atau didalangi sindiket yang menjadikan rumah kebajikan sebagai modal menagih simpati ‘penderma’.
Berdasarkan penjelasan remaja berkenaan, dia ke daerah ini bersama lima rakan berusia antara 16 hingga 21 tahun untuk mengutip derma bagi mengumpul dana sebuah rumah kebajikan kanak-kanak cacat di Bukit Mertajam.
Menurutnya, mereka sudah berada di sini sejak 17 Ogos lalu dan menjadikan pelanggan restoran sebagai sasaran. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan