script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bapa Maut Kemalangan Ketika Hantar Anak Ke Sekolah


KUANTAN - Rengekan Mohd Fazrul Izwan, 2, yang minta dipeluk dan tidak mahu melepaskan ayahnya, Mat Tazam Mamat, 39, keluar rumah seolah-olah petanda bapanya itu akan pergi meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya. Mat Tazam maut, manakala anak sulungnya, Nur Fazkriah, 13, cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka yang dalam perjalanan ke SMK Baging, dirempuh sebuah Perodua Myvi, kira-kira jam 7 pagi. Isteri mangsa, Maimunah Mahmud, 30, berkata, anak bongsunya berperangai pelik dan memeluk bapanya dengan erat pada pagi sebelum kejadian. Menurutnya, tidak lama selepas suami dan anaknya keluar dari rumah di Sungai Ular, dia dikejutkan dengan berita kemalangan mereka berdua. “Seperti biasa, suami keluar kira-kira jam 6.30 pagi untuk menghantar Fazkriah ke sekolah. Namun, anak bongsu saya berperangai pelik apabila merengek sambil memeluk erat bapanya. Tidak lama selepas suami dan anak keluar rumah, anak saudara memaklumkan kejadian itu."Sampai ke lokasi kejadian, saya dapati suami sudah meninggal dunia, manakala anak pula mengalami kecederaan parah termasuk patah paha kanan. Tiada langsung perubahan ditunjukkan arwah suami sehingga pagi tadi,” katanya di pekarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, semalam. Maimunah berkata, dia kini kehilangan tempat bergantung apabila suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, meninggal dunia. “Kami ada empat anak hasil perkahwinan lebih 10 tahun. Dia juga baru sahaja bertukar tempat kerja tiga hari lepas. Saya pula tidak bekerja dan akan tinggal bersama ibu di Sungai Ular,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.