script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penunggang Motosikal Maut Di Rempuh Lori Di Raub !!


RAUB - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 339 jalan alternatif Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Kampung Batu Talam, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian jam 2.30 petang itu berlaku di hadapan simpang masuk ke Kampung Badang. Menurutnya, mangsa, Mohamed Afzaniezamiezuan Embong, 37, merupakan penduduk tempatan di situ. “Siasatan awal dapati lori dari arah Raub dipercayai cuba potong motosikal ditunggangi mangsa dari arah sama. “Pada masa sama, mangsa turut membelok dipercayai hendak masuk ke simpang di kanan jalan,” katanya. Wan Mohd Samsudin berkata, mangsa gagal mengawal motosikal lalu melanggar bahagian tepi sebelah kiri lori. Katanya, mangsa kemudiannya terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Talam, malam tadi (malam kelmarin). “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.