script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

OCPD Kuantan: Op Payung Tangani Jenayah, Berkesan



KUANTAN  - Polis akan meneruskan operasi Op Payung bagi menangani kes-kes jenayah samun, ragut dan pecah rumah yang berlaku di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, sebelum ini operasi tersebut hanya diadakan pada musim perayaan sahaja dan kini diteruskan pada hari-hari biasa. Menurut beliau, tempoh lapan bulan tahun ini mencatatkan penurunan kes jenayah sebanyak 13 peratus dan perkara itu merupakan tanda positif dalam menangani jenayah. "Operasi itu akan diteruskan bagi memastikan rakyat tidak perlu bimbang dan takut berikutan jenayah yang berlaku di tempat mereka. "Sebagai contoh kekerapan sekatan jalan raya yang dilaksanakan mampu mengurangkan kadar jenayah yang sering berlaku sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru-baru ini. Dalam majlis itu, Mohd. Jasmani beramah mesra dengan para anggota dan pegawai dan menyampaikan sumbangan kepada balu polis, warga emas, fakir miskin serta ibu tunggal. Katanya, kerjasama orang ramai juga turut membantu mengurangkan kadar jenayah tersebut dan diharap perkara berkenaan dapat diteruskan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.