script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

500 Hektar Tanah, "Buka Cawangan IPTA" Di Chenor !!


MARAN  - Seluas 500 hektar kawasan telah dikhaskan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor di sini bagi cadangan pembinaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbaharu di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Mohamed berkata, kewujudan IPTA itu merupakan satu lagi keperluan sebagai pemangkin kemajuan di kawasan tersebut. "Kawasan di Bukit Bedung telah dikenal pasti strategik kerana terletak di laluan utama Kuantan ke Temerloh dan berdekatan dengan Pekan Awah," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Chenor di Dataran Pekan Kampung Awah di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsudin; ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail dan ADUN Luit, Nurhidayah Mohd. Shahaimi. Mohamed Ariffin berkata, Chenor merupakan satu penempatan tradisional lama yang masih disebut daerah kerana pernah menjadi tumpuan masyarakat sejak zaman dahulu lagi. "Kawasan Chenor akan terus dijana dengan projek pembangunan, prasarana yang lebih baik, khususnya membabitkan jalan yang menghubungkan jambatan Chenor ke Pekan dan Bera," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.