KUANTAN - Baru-baru ini seramai 1,207 bakal haji dari negeri ini menghadiri Kursus Perdana Haji sebagai persiapan dalam menunaikan rukun Islam kelima itu membabitkan kumpulan pertama yang akan berlepas ke Mekah, 7 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kursus berkenaan amat penting supaya mereka terutama yang baharu kali pertama menunaikannya tidak kekok ketika berada di Tanah Suci nanti.
Menurut beliau, golongan itu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan, selain menyampaikan maklumat terkini supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan ketika di sana nanti.
"Kursus ini adalah usaha terakhir bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu berkaitan haji termasuk menyampaikan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya tidak menghadapi sebarang masalah seperti tersesat di sana nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus berkenaan di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini kelmarin.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali dan Pengarah Tabung Haji negeri, Mohyen Mosman.
Selain itu, Syed Ibrahim berkata, walaupun terdapat pengurangan kuota haji Malaysia iaitu 20 peratus oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini, namun tidak menjejaskan jumlah jemaah haji dari Pahang.
"Pengurangan kuota haji tidak memberi impak besar kepada jumlah bakal jemaah dari Pahang iaitu antara 1,000 hingga 1,300 orang," katanya. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
8 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan