script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pokok Hempap Atap, Kanvas Khemah Menjadi Bumbung


KUANTAN - Sepasang suami isteri terpaksa tinggal dalam rumah berbumbung kanvas khemah selama dua bulan setelah sebahagian atap kediaman mereka musnah akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Alor Batu, Jabor, dekat sini. Embong Sulong, 85, dan Semek Osman, 70, tidak mampu membaiki kerosakan terbabit disebabkan faktor usia dan kekangan kewangan. Menurut Semek, sebahagian bumbung rumah mereka ditimpa pokok besar yang tumbang akibat dipanah petir. Menurutnya, dia bernasib baik kerana terselamat dalam kejadian tersebut walaupun ketika itu berada di dalam rumah, manakala suaminya berada di halaman rumah. “Kejadian berlaku secara tiba-tiba sahaja, malah ketika itu cuaca tidak hujan tetapi pokok besar yang berada berhampiran rumah terus tumbang setelah dipanah petir. “Hanya saya dan suami tinggal di sini kerana anak-anak mempunyai kehidupan sendiri serta sebahagiannya tinggal jauh. “Ketika hari raya baru-baru ini, kami terpaksa juga beraya dalam keadaan bumbung rumah yang hanya ditutupi kanvas kalis air. “Semua anak cucu berkumpul di sini walaupun keadaan rumah tidak sempurna tetapi sekarang Alhamdulillah kerana ada pihak sudi membantu,” katanya kepada Sinar Harian sempena program gotong-royong membaik pulih atap rumahnya, di sini, semalam. Sementara itu, Adun Beserah Andansura Rabu berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Cawangan Indera Mahkota berusaha membantu keluarga berkenaan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.