script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dr Mashitah Ibrahim Umum Tanding Exco Wanita UMNO

 

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Oktober ini. "Keputusan ini dibuat berdasarkan input daripada perwakilan dan ahli wanita di peringkat akar umbi yang menyarankan agar saya mencalonkan diri kerana berpandangan Wanita UMNO perlu ada exco yang berlatarbelakangkan agama," katanya di sini. Menurut Mashitah, keputusan itu dibuat setelah mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan dan akar umbi Pergerakan Umno Bahagian Baling dalam usaha untuk membantu parti menangkis tohmahan pihak pembangkang khususnya melibatkan isu kedaulatan Islam yang sering kali dicabar sejak akhir-akhir ini. "Peranan wanita dalam perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan lagi dan saya yakin akan dapat membantu berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada. "Keyakinan saya untuk bertanding itu dikuatkan dengan kaedah pemilihan baru yang akan menjadikan pemilihan UMNO kali ini lebih telus dan adil," ujarnya. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas wujudnya usaha pihak tertentu menaja "orang dalaman" parti untuk memecahbelahkan UMNO Bahagian Baling, Mashitah mengakui perkara itu berlaku termasuk mengadakan pertandingan di peringkat bahagian. "Perkara itu ditonjolkan dengan menaja pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan sayap wanita walhal sebenarnya sayap wanita telah diperakui telah memberi kemenangan. "Tidak dapat dinafikan ada pihak tertentu cuba menaja pihak tertentu supaya ada pertandingan dan pecah suara di peringkat bahagian," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.