script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

IGP: Tembak Samseng, Jangan Persoal Tindakan Polis !


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas pihak yang cuba mempersoalkan tindakan polis menembak mati lima individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang Isnin lalu. “Apabila berlaku insiden tembak, mereka kata polis hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Apabila penjenayah ditembak mati pula, mereka kata polis zalim. Apa wayang dia orang main? "Malah sebelum ini ada pihak mendakwa anggota polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, sebagai berdrama," katanya. Menurut Khalid, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutamakan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. “Kami amat serius apabila berhadapan dengan kes jenayah. Kami tidak peduli apa orang cakap. Kami ada tugas untuk laksanakan. Kami akan laksanakan tugas itu untuk memastikan rakyat selamat dan negara aman,” katanya. Khalid menegaskan mana-mana pihak yang mempamerkan logo kumpulan haram selepas ini akan berdepan dengan tindakan polis. Menurut beliau, ini termasuk logo dan nama kumpulan tertentu yang dilekatkan pada kenderaan. “Kalau nak berarak mengiringi mayat tidak ada masalah bagi kami, (tapi) kalau mereka berani pamerkan logo kumpulan haram, bersedialah untuk diambil tindakan oleh polis,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka anjuran Koperasi Polis di Hotel KL International, semalam. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.