ROMPIN - Khazanah ekosistem Pulau Tioman akan terus dipantau bagi memastikan pulau yang mempunyai pelbagai spesies hidupan marin dan batu karang di dasar laut itu terpelihara.
Bagi mencapai matlamat itu, Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang (JPKNP), Jabatan Taman Laut, Villagers Travel and Tours, para penyelam skuba dan pelbagai agensi kerajaan serta swasta bergabung tenaga membersihkan kawasan batu karang di beberapa kawasan sekitar Pulau Tioman daripada ancaman tapak sulaiman.
Pengarah JPKNP, Idros Yahya berkata, usaha itu dijalankan secara bersepadu antara beberapa agensi kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan sukarelawan dan para pelancong.
"Program ini akan dijadikan acara tahunan bagi memastikan kawasan daratan dan juga dasar laut Pulau Tioman sentiasa bersih supaya generasi akan datang dapat menikmati keindahan batu karang dan hidupan marin yang unik.
"NBOS yang melibatkan para sukarelawan terdiri daripada para penyelam dan pelancong merupakan kerjasama baik dan patut diteruskan dalam usaha memelihara keindahan pulau ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melupuskan sebanyak 147 tapak sulaiman yang ditangkap kakitangan Jabatan Taman Laut dan penyelam berhampiran Taman Laut Kampung Tekek, di sini baru-baru ini. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan