KUANTAN - Sebanyak 154 penuntut tajaan Yayasan Pahang (YP) yang menuntut di Mesir akan pulang ke tanah air minggu ini secara berperingkat berikutan pergolakan yang berlaku di negara tersebut.
Pengurus Besarnya, Datuk Sa'ariah Saad berkata, 10 penuntut pula akan pulang minggu depan selepas selesai urusan pensijilan mereka yang akan memudahkan golongan itu untuk meneruskan pengajian di sini.
Katanya, penuntut Pahang yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar boleh mengambil ujian tersebut di tanah air pada 3 hingga 5 September ini hasil rundingan Kementerian Pendidikan dengan pihak universiti di sana.
"Penuntut di sana berada dalam keadaan baik, malah segala aktiviti yang dilakukan berjalan seperti biasa.
"Keputusan kerajaan membawa pulang penuntut terbabit adalah tepat kerana melibatkan soal keselamatan dan kebajikan yang nyata membawa kelegaan kepada ibu bapa terbabit," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 763 penuntut Pahang melanjutkan pengajian di Mesir melibatkan penuntut tajaan YP, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan persendirian. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan