script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penyamun Pecah Masuk Pusat Jualan, Curi Dua Kereta


CHENOR - Pengusaha syarikat menjual kereta terpakai kerugian hampir RM40,000 apabila dua kereta jenis Proton Waja dan Perodua Kancil serta wang dibawa lari dalam kejadian pecah masuk pusat jualan itu di Pekan Awah, pagi semalam. Pengusaha, Zafri Ab Rahman berkata, perompak turut bertindak nekad merempuh pintu pagar pusat jualan yang sudah beroperasi 14 tahun untuk membawa lari dua kereta itu. Katanya, kejadian itu hanya disedari seorang keraninya sebaik datang bekerja pada jam 10 pagi apabila mendapati pintu pagar roboh, manakala selak kunci pintu pejabat diumpil. “Ketika itu, saya berada di Kuala Lumpur untuk urusan memperbaharui insurans sebuah kereta yang dibawa lari, sebelum dihubungi kerani bagi memaklumkan kejadian itu. “Bahagian dalam pejabat diselongkar dan RM820 turut hilang. Malah, perompak dipercayai menggunakan kunci asal disimpan di dalam pejabat untuk membawa lari kereta terbabit. Ini kejadian ketiga sepanjang saya beroperasi di sini,” katanya. Zafri berkata, dia diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila pihak insurans mempertikaikan tuntutan terhadap kehilangan kereta berkenaan yang secara kebetulan diperbaharui pada jam 8.50 pagi hari kejadian. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.