KUANTAN - Wanita panik selepas kereta dipandu mereka dihempap dahan pokok di hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Tengku Muhammad itu mengakibatkan dua kenderaan pecah cermin hadapan, manakala satu lagi kemik di bahagian bumbung belakang.
Pemilik kereta jenis Perodua Viva, Nur Ainatul Asma Saharudin, 23, berkata, ketika itu, kereta dipandunya bergerak perlahan kerana berada di kawasan sekolah.
Guru di Sekolah Menengah Agamal Al-Ehsan, Tanjung Api itu tergamam selepas dahan pokok berdiameter kira-kira 30 sentimeter itu tiba-tiba menghempap keretanya dan sebuah lagi kenderaan di depannya.
“Saya menggeletar ketakutan kerana terkejut apabila dahan pokok tiba-tiba menghempap cermin depan kereta.
"Bagaimanapun selepas beberapa minit, saya kembali tenang dan terus menghubungi ahli keluarga serta rakan terdekat bagi memaklumkan kejadian itu," katanya.
Ainatul berkata, dia belum memutuskan untuk membuat tuntutan, tetapi akan melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan berbincang dengan keluarga mengenai perkara itu. Sementara itu, ADUN Teruntum, Sim Chong Siang berkata, beliau dimaklumkan MPK agar mangsa membuat laporan polis dan berhubung dengan pihaknya untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara wajar.
“Selepas kejadian, kita mahu pihak bertanggungjawab lebih kerap membuat pemantauan ke atas pokok ditanam di tepi jalan. Lebih membimbangkan kejadian ini berlaku di kawasan sekolah.
“Tambahan lagi, sekarang kita ke arah musim tengkujuh. Jadi semua pokok besar atau mati perlu diselenggarakan,” katanya. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan