KUANTAN - Kaum wanita di negeri ini diingatkan supaya lebih bijak menjaga keselamatan diri memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran penjenayah.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Masyarakat, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, mereka perlu mengelak daripada keluar bersendirian pada waktu tidak sepatutnya kerana cara itu boleh mengundang risiko pada diri sendiri.
"Kadang-kadang kita lihat sesuatu jenayah itu berlaku berpunca daripada kita sendiri. Contohnya, kejadian jenayah boleh berlaku melalui kegilaan terhadap komunikasi dan menyalurkan informasi peribadi melalui laman sosial.
"Kegilaan memuat naik lokasi di mana mereka berada melalui laman-laman sosial seperti Foursquare, Twitter dan Facebook akan mengundang penjenayah menjejaki mereka. Golongan ini check-in setiap minit. Di mana mereka pergi, di mana mereka berada, rumah ditinggalkan kosong, semua akan dimuat naik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Katanya, para pengguna laman sosial tersebut tidak menyedari bahawa penjenayah sentiasa memantau pergerakan mangsa dalam keadaan seperti ini.
Menurutnya, wanita juga selalu ditipu lelaki kononnya pasangan mereka di alam siber.
"Apa yang mengejutkan, yang tertipu ialah mereka yang berpelajaran. Oleh itu, saya menasihatkan mereka lebih berhati-hati dan bijak mengatur hidup untuk berfikir tentang keselamatan masing-masing," ujarnya. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan