script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bas Jatuh Gaung: Ahli Keluarga Mangsa Tuntut Mayat !!


KUALA LUMPUR - Keluarga mangsa nahas bas yang terhumban dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur dilihat memasuki bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Khamis untuk membuat pengecaman dan menuntut mayat. Keluarga kepada pemandu bas, Lim Kok Hoe, 44, yang meninggal dalam insiden itu antara yang pertama tiba untuk melakukan pengecaman mayat. Anak lelaki pemandu bas terbabit, Lim Dei Shen, 20, yang bertolak dari Kulai bersama dengan neneknya untuk mengecam mayat bapanya pada pagi Khamis. Selain itu, beberapa ahli keluarga mangsa lain dilihat menangis dan berpelukan antara satu sama lain sementara menunggu giliran untuk memasuki bilik mayat. Sementara itu, dalam satu sidang media, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S.Jeyaindran berkata Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah melakukan bedah siasat ke atas 30 daripada 37 mayat nahas bas terbabit dan dijangka akan menyelesaikan baki yang lain pada tengah hari. Daripada 37 yang maut itu, 22 terdiri daripada lelaki dan lapan lagi wanita. 17 mayat telah dikenalpasti dengan tiga daripada adalah warga asing (seorang Bangladesh, seorang Nepal dan seorang Korea). Daripada 14 warga tempatan yang telah dikenalpasti, dua daripada adalah Melayu, 11 Cina dan seorang Punjabi. Dr Jeyaindran berkata enam keluarga, kesemuanya warga Malaysia telah menuntut mayat ahli keluarga mereka. Beliau menasihatkan waris untuk hadir ke HKL dan membawa dokumen peribadi untuk menuntut mayat. "Kesemua yang ditemui selamat selepas dikeluarkan dari bas tersebut berada dalam keadaan stabil. "Tiada lagi kematian dilaporkan sehingga kini," katanya. Daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas itu, enam dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala 10 lagi stabil. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.