JERANTUT - Aktiviti luar bilik darjah seperti perkhemahan pasukan beruniform merupakan salah satu aktiviti yang digalakkan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Program tersebut bukan sahaja mampu membuka minda pelajar sekolah, malah turut dijadikan medium menangani stres ketika sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dalam masa sama, cara itu merupakan salah satu aktiviti menyokong saranan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan kegiatan kokurikulum melibatkan program luar bilik darjah diperluaskan.
Sehubungan itu, seramai 67 pelajar dan murid menyertai Perkhemahan Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Peringkat Daerah di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2 di sini baru-baru ini.
Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari itu disertai 16 pelajar sekolah menengah dan 51 murid sekolah rendah bersama 25 guru pengiring.
Kem Komander perkhemahan, Mohd. Hafizal Teng Abdullah berkata, perkhemahan tersebut diadakan bertujuan menyahut seruan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
"Kita juga ingin memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli pengakap PPKIBP yang belum pernah terlibat dengan perkhemahan, di samping memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan.
"Selain itu, kita mahu mereka berdikari dan mempunyai keyakinan diri seperti pelajar di arus perdana melalui aktiviti yang diadakan sepanjang perkemahan ini," katanya. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan