script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jengka Sentral Bakal Beroperasi Mulai Oktober ini


MARAN - Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Jengka Sentral bernilai RM10 juta di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini, dijangka beroperasi pada Oktober ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, ketika ini kontraktor utama melakukan kerja-kerja terakhir sebelum menyerahkan kepada kerajaan bagi memulakan operasi terminal tersebut. Menurutnya, projek itu yang bermula 1 Ogos 2011 merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan sebuah terminal pengangkutan bersepadu sempena sambutan Hari Peneroka pada 7 Julai tahun sama. "Terminal itu akan menjadi mercu tanda baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka sekali gus meningkatkan imej dan menjadi satu kebanggaan warga peneroka di sini," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Wisma Peneroka, di sini baru-baru ini. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan ADUN Jenderak, Datuk Mohamad Jaafar. Wan Salman berkata, stesen bas dan teksi yang beroperasi sementara bandar tersebut akan ditutup sebaik sahaja Jengka Sentral beroperasi sepenuhnya. Menurutnya, pemilihan peniaga di terminal itu juga akan memberi tumpuan kepada penduduk tempatan dengan kerjasama daripada Pejabat Daerah Maran. Selain itu, beliau memberitahu, satu lagi projek yang dalam pembinaan di bandar tersebut ialah kompleks sukan yang menempatkan stadium bola sepak Felda bernilai RM87.9 juta dan dijangka siap pada 2015. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.