script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penemuan Syabu 'Dalam Dompet Polis' Kini Di Siasat !!


KUANTAN - Penemuan sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu yang ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini masih dalam siasatan. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, pihaknya menunggu laporan daripada doktor mengenai keadaan pegawai berkenaan untuk kembali stabil sebelum siasatan lanjut dibuat. "Sekarang keadaannya masih tidak stabil dengan mengalami patah lutut kiri dan pendarahan pada bahagian perut," katanya kepada pemberita pada majlis derma darah anjuran Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di sini, Selasa. Sebelum ini media melaporkan seorang pegawai kanan polis cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan-By Pass baru-baru ini. Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng. Serbuk dan ketulan kristal itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Mengulas mengenai situai jenayah di negeri ini, Sharifuddin berkata, keadaan jenayah di Pahang masih terkawal dengan mendapat kerjasama baik daripada orang awam. Katanya, anggota risikan juga tidak perlu ditingkatkan memandangkan jumlah yang ada kini sudah mencukupi untuk memantau sebarang jenayah di negeri ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.