script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sampah Tepi Jalan, Penduduk Gesa Pasang Papan Tanda

 

JERANTUT - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memasang papan larangan membuang sampah di tepi jalan berdekatan kawasan kampung Jerantut Feri di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sabri Kamaludin berkata, papan larangan itu penting bagi menyedarkan dan mengingatkan pihak tertentu supaya tidak terus membuang sampah di kawasan berkenaan. Menurutnya, sejak Jun lalu, penduduk tidak lagi membuang sampah di kawasan itu kerana setiap rumah di sini, dibekalkan tong sampah oleh Alam Flora. "Kami tidak tahu siapa yang masih menjadikan kawasan itu tempat pembuangan sampah, jadi kami mahu dengan adanya papan tanda yang dipasang PBT nanti dapat mengingatkan mereka bahawa kawasan itu bukan tempat buang sampah. “Alam Flora sudah pun sediakan tong sampah, jadi buanglah dalam tong yang ada,” katanya. Menurutnya, masyarakat perlu memikul tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran bersama kerana sikap suka membuang sampah bukan di tempat sepatutnya boleh menimbulkan banyak masalah. Katanya, kerjasama penduduk untuk melaporkan maklumat mengenai pihak yang sengaja membuang sampah di kawasan itu diperlukan bagi menangani masalah itu. “Kita minta jasa baik orang ramai supaya tidak lagi membuang sampah di kawasan itu kerana sampah yang berlonggok bukan sahaja akan mencemarkan pemandangan kampung ini, malah bau busuk. "Selain itu, kita bimbang kawasan itu menjadi habitat haiwan berbisa seperti lipan dan kala jengking selain menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.