script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Guru Orang Asli Kecewa JAKOA Lambat Bayar Elaun !!


ROMPIN – Kebanyakan guru terbabit dengan Program Kelas Dewasa Orang Asli Pedalaman (Kedap) di sini tidak berpuas hati kerana elaun tenaga pengajar dan peserta masih belum dibayar sehingga kini. Guru Kedap, Adam Zaidi Mahidin berkata, terdapat lapan guru Kedap di Rompin. Namun katanya, hanya Pahang menghadapi masalah dalam proses pembayaran elaun hingga membebankan sesetengah tenaga pengajar yang terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk membayar elaun peserta. “Tempoh kelas tiga bulan bermula dari Mei hingga Julai. Sejak mula mengajar, kita terpaksa guna modal sendiri untuk menyediakan alat bantuan mengajar yang sepatutnya disediakan pihak berkenaan. “Manakala, alat-alat bantuan mengajar seperti kertas manila dan alat tulis diterima dua hari sebelum kelas berkenaan tamat,” katanya. Adam berkata, dia turut bersimpati dengan nasib rakannya yang tiada pendapatan lain dan bergantung sepenuhnya pada elaun mengajar. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan rakannya tiada semangat untuk mengajar kerana terbeban dengan belanja harian, selain terpaksa mendengar rungutan peserta yang belum menerima elaun. “Elaun peserta RM20 sehari masih belum dibayar menyebabkan pelajar melepaskan kemarahan kepada guru. “Malah, ada sesetengah kawasan tiada balai raya menyebabkan guru dan peserta membina pondok untuk dijadikan kelas,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.