JERANTUT - Kejadian bekalan elektrik terputus di lima kampung di Hulu Tembeling di sini, sejak Selasa lalu terjawab apabila sebatang pokok balak yang ditebang secara haram tumbang lalu menghempap kabel utama elektrik di Bukit Dedari, Kuala Tahan dekat sini.
Keadaan itu menyebabkan lebih 5,000 penduduk terputus bekalan elektrik melibatkan Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling.
Mereka kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh masuk hutan Bukit Dedari sehingga kerap kali mengundang risiko terputus bekalan elektrik berikutan pembalakan haram di situ.
Pengurus Persona Village Resort Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim, 40, berkata, perbuatan pihak terlibat menyebabkan ekosistem hutan, sungai dan kawasan tadahan air di hutan Bukit Dedari terjejas.
"Apa yang saya kesalkan kegiatan pembalakan haram itu memberi impak landskap hutan bertukar menjadi gondol sehingga pokok ditebang menghempap kabel elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Tahan di sini kelmarin.
Penduduk Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah, 42, berkata, jika kegiatan itu tidak dibendung akan menjejaskan sektor pelancongan di sekitar Kuala Tahan.
"Penduduk di sini berharap pihak berwajib lebih peka dan menguatkuasakan undang-undang supaya kegiatan itu wajar dihentikan dengan segera," katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jerantut, Redzuan Zainal Abidin berkata, selepas menerima aduan penduduk, pihaknya segera ke lokasi kejadian untuk membaik pulih bekalan elektrik di situ.
"Kita terpaksa mengambil masa membaiki kerosakan memandangkan kabel berkenaan terletak di kawasan hutan tebal," ujarnya.
Katanya, penduduk di Hulu Tembeling sudah menerima semula bekalan elektrik sepenuhnya pada pukul 3.05 petang kelmarin.#sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan