PETALING JAYA - Pemuda UMNO membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.
"Pada pandangan Pemuda UMNO Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan.
"Bahkan keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," katanya pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai mengenai perkembangan terbaru iaitu bermula Ogos ini, lebih 400,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka akan disekat daripada melakukan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
7 jam yang lalu







Setuju dengan tindakan pemuda. Jangan pandang remeh isu ini. Perlu lihat keadaan semasa peminjam. Baru la org tak berat hati nk bayar balik. Takkan ansur2 sikit-sikit pun kena ccris... c-cisss...
BalasPadam