script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemuda UMNO Membantah CCRIS Peminjam PTPTN !!


PETALING JAYA - Pemuda UMNO membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka. "Pada pandangan Pemuda UMNO Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan. "Bahkan keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," katanya pada Selasa. Beliau mengulas mengenai mengenai perkembangan terbaru iaitu bermula Ogos ini, lebih 400,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka akan disekat daripada melakukan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Setuju dengan tindakan pemuda. Jangan pandang remeh isu ini. Perlu lihat keadaan semasa peminjam. Baru la org tak berat hati nk bayar balik. Takkan ansur2 sikit-sikit pun kena ccris... c-cisss...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.