script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bil Tertunggak, PAIP Tanggung Kerugian RM30 Juta !!


KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menanggung kerugian kira-kira RM30 juta berikutan bil air tertunggak akibat tindakan segelintir pengguna domestik serta industri yang sering menangguhkan pembayaran berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Datuk Mohamed Zahari Md. Isa berkata, daripada jumlah itu, RM14 juta membabitkan bil tertunggak yang sudah melebihi tempoh masa setahun. Sehubungan itu jelasnya, beberapa langkah akan diambil bagi mengurangkan jumlah tunggakan tersebut termasuk memperkenalkan bayaran secara ansuran. "Bagi pengguna yang masih berdegil notis amaran melalui syarikat guaman akan dikeluarkan supaya mereka menjelaskan bil pada waktu ditetapkan," katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di ibu pejabat Paip di sini hari ini. Menurutnya, melalui kaedah terbaharu itu akan dapat mengurangkan bil tertunggak sebanyak 50 peratus sehingga hujung tahun depan sekali gus membolehkan pihaknya melaksanakan lebih banyak projek penambahbaikan paip air nanti. Mohamed Zahari berkata, pembayaran bil mengikut masa ditetapkan dapat membantu pihaknya melaksanakan pelbagai projek seperti menukar paip lama dan menaik taraf loji air demi keselesaan pengguna. Beliau memberitahu, pihaknya merekodkan kira-kira 15 kes sebulan bagi kes kecurian air membabitkan pengguna domestik dan industri akibat penyambungan paip secara haram serta tidak menggunakan meter. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.