TEMERLOH - Penjawat awam diminta berhati-hati dalam membuat sebarang komen berkaitan dasar kerajaan di laman sosial kerana boleh menjejaskan integriti serta nama baik perkhidmatan awam.
Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Borhan Dollah berkata, kemunculan laman sosial seperti Facebook dan Twitter digunakan segelintir golongan itu untuk membuat komen memburukkan jabatan atau agensi kerajaan.
Menurutnya, JPM menerima aduan dan maklum balas mengenai pembabitan sebilangan mereka yang memberi komen negatif dan bertentangan dengan dasar kerajaan.
Selaku penjawat awam, mereka wajib memelihara integriti ketika menggunakan media sosial kerana apa diluahkan itu boleh dibaca di seluruh dunia.
Oleh itu, sebarang masalah atau apa juga rasa tidak puas hari perlu diselesaikan di peringkat jabatan dan tidak perlu membuka pekung di dada untuk tatapan orang luar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Pengurusan Hartanah JPM di Bangunan Gunasama Persekutuan Temerloh, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah JPM, Norazman Othman.
Borhan berkata, golongan itu perlu menjaga nama baik jabatan serta agensi kerajaan dan mengikut peraturan yang ditetapkan di samping mengelak memberi komen negatif dalam laman sosial terbabit. #sumber
Aussie teen Hewitt wins first ATP match in Washington where dad won title
-
Cruz Hewitt, son of former world No 1 Lleyton Hewitt, reaches the second
round after beating fellow qualifier Marcos Giron.
8 jam yang lalu







Tunjuk le pekong tu supaya orang ramai tau....mungkin boleh tolong ubatkan pekong tu....kalau sorok...semakin la besar dan membusuk. Sebab suka sorok ni le..yang malaysia tengah tenat dengan masalah seperti rasuah...jenayah...salah guna kuasa...menipu pilihan raya...yang pencen masih nak bercakap seolah-olah dia saja yang pandai...barisan kabinet yang terlibat dengan jenayah. Kalau semua ini tidak diubati....jangan terperanjat suatu hari nanti negara kita akan dijajah oleh kuasa besar secara terang-terang......
BalasPadamni lah masalah nya... nak tegur benda yg salah pun tak boleh.. kalau macam ni lah respon dari pihak yg berkuasa, sampai bila pun tak boleh nak improvr... macam le bagus sangat. ini bukan integriti tapi stupidity...
BalasPadam