script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gempar: Sumpah Laknat Si Datuk Eskay Di Ragui Serta 'Tidak Boleh Untuk Dipercayai', Dek Kerana KeIslaman Diri Beliau Sendiri Kini Di Pertikaikan

Artikel ini dipetik dari blog sahabat MiloSuam yang banyak mendedahkan perihal video seks mutakhir ini. Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini? Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini. Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau. Soalnya sekarang siapakah Eskay?
1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, kakak, serta seorang adik. Nama abangnya ialah Chandran.
2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.
3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.
4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa diminumnya.
5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama Setiausaha Peribadinya itu.
6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat tentang dakwaan ini.
7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sg.Petani bersama ibubapanya. Mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung sehingga ke hari ini.
[Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya... ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..." PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan. Pendedahan ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Banyak lagi info panas berkaitan di blognya, Klik DI SINI].
Share:

6 ulasan:

  1. Mamat ni bahaya. Geng dia tu juga semacam. Jangan sesiapa percaya. Tolonglah!

    BalasPadam
  2. mana pegi org2 umno ni,terkejut ke baca info terbaru ni,lepas ni boleh la org umno suruh si eskay ni baca talkin ke,doa selamat ke,cukur anak ke dll

    BalasPadam
  3. KUALA LUMPUR 4 Mei – Solat hajat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini dilihat memberi pelbagai petunjuk bagi menggambarkan wajah sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

    Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, walaupun perilaku buruk Anwar semakin jelas kelihatan namun masih ada yang tidak mahu menerima hakikat sebenar terutama mengenai moral Anwar yang ketagihan seks.

    “Kita lihat, Raja Petra Kamaruddin telah membongkarkan mengenai penglibatan Anwar dalam kes fitnah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Anwar.

    “Dan kita juga dapat lihat mengenai kebiadaban ‘gundik-gundik’ Angkatan Muda Keadilan (AMK) Anwar yang membuat pencemaran dan kekecohan di ruang solat Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, lokasi Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelbagai isu yang timbul melibatkan Anwar seperti kes liwat, pendedahan Raja Petra dan isu video seks.

    Anuar berkata, selaku isteri kepada Anwar, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu dipersalahkan kerana gagal memenuhi tanggungjawabnya.

    “Wan Azizah, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin seharusnya membawa Anwar pergi berubat pada awal 1990-an lagi.

    “Namun, mereka bukan saja gagal membantu Anwar menangani masalah seksnya, sebaliknya berusaha membendung orang ramai daripada mengetahui kerakusan nafsu seks Anwar,” katanya.

    BalasPadam
  4. anon 2.22pm kau punya mak mena rogol ngan anwar itu yang kau marah sangat ngan dia

    BalasPadam
  5. Ku tenung-tenung wajah si Eskay ni... saling tak tumpah macam pelakon video seks tu... huhu...

    BalasPadam
  6. Wahai syaitan umno anak iblis

    Datok eskay ni bukan ISLAM masuk masjid sumpah laknat.pegang quran terbalik kuang tkpe baca bisnillah ngucap cara mengiring..

    Wahai syaitan umno kamu ingat kami rakyat nk percaya dan ikut anak iblis ini..tidak wahai umno kami ada pegangan..islam agama kami dan tidak sesekali akan berpesong dari agama kami...dato hindu sial masuk masuk masjid siap rakaman siaran langsung...

    Memang sah keturuna kamu syaitan iblis tk tahu dosa pahala....

    rakyat msia jgn kamu jadikan puak syaitan iblis ini sebagai ikutan..

    Allah telah utus rasul utk kamu ikut bukan syaitan iblis ini

    Setan yg hidup dgn zina arak ini kamu nk jd kan idola...biarlah juak juak umno je yg pelihara syaitan sial ini

    Kita punya Allah yg maha berkuasa

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.