KUANTAN, 26 Mei - Selepas hampir 24 jam ketiadaan air, maka lewat malam tadi banyak kawasan yang mengalami gangguan telah mula menerima semula bekalan air. Justeru itu orang ramai yang ditemui amat gembira dengan perkembangan tersebut. Tambahan pula ada diantara mereka yang sudah seharian tidak mandi akibat keputusan air. Makluman yang diterima bekalan air mula diperolehi bermula awal petang lagi. Cuma, airnya agak perlahan akibat tekanan yang rendah. Namun, ia sudah cukup memberi kelegaan kepada mereka yang ditemui. Rata-rata diantara mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang mengotakan janji mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut malam tadi. Apa yang menarik untuk diperkatakan, ada yang berkata "Ini baru bekalan air terputus sehari, sduah kecoh. Bayangkan kalau radioaktif Lynas yang tersebar .. pasti lebih haru biru dibuatnya". Apapun, orang ramai diharap dapat berjimat cermat menggunakan air selepas ini. Malah, mereka yang mempunyai bil-bil tunggakan wajarlah membuat bayaran segera untuk membolehkan kemudahan ini dipertingkatkan lagi pada masa yang akan datang. Menurut seorang petugas JBA yang ditemui berkata "Bila tiada air bising, tapi bila ada air ramai yang tak bayar. Mujurlah JBA masih berlembut dalam hal ini. Bayangkan kalau Kerajaan Negeri pula yang tarik balik subsidi yang diberikan". Beliau turut menasihatkan agar orang ramai dapat bertimbangrasa dalam hal-hal dan masalah seperti ini. Tekanan yang diberikan kepada pihak JBA menyebabkan ramai diantara mereka yang terkilan dan kecewa. Tidak wajar mereka dituduh dengan berbagai tohmahan, sedangkan mereka sendiri cuba berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini.
[Apapun, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JBA Pahang yang bertungkus lumus untuk membaikpulih segala kerosakan teknikal yang berlaku. Difahamkan, awal pagi tadi masing-masing boleh tersenyum lega apabila kembali dapat mandi seperti biasa. Rupa-rupanya agak bermasalah juga bila air tiada. Itu baru sehari, bayangkan kalau terjadi untuk tempoh yang lama. Maka sudah pasti ia akan lebih menyulitkan orang ramai sebenarnya. Satu ikhtibar yang perlu diambil ialah kerosakan yang diluar jangka ini jelas sekali menyebabkan keadaan yang tidak menentu di bandar Kuantan. Bayangkan jika insiden yang sama berlaku kepada kilang Lynas apabila beroperasi kelak. Bukankah keadaan yang lebih parah dari ini akan berlaku kelak. Justeru itu ambillah pengajaran atas apa yang berlaku ini. Selamatkan rakyat].

ramai yang pandang sepi dengan apa yang kerajaan buat. JBA Pahang dah buat yang terbaik...tapi pddk Kuantan nampaknya kurang sabar ....berbanding dengan daerah lain yang tak ada air sampai berhari malah berminggu-minggu...
BalasPadamdan satu lagi, janganlah asyik nak kaitkan dengan Lynas pulak.
hahahahahha
BalasPadamhahahah
tq jba
x kait mana best..hahahaha
BalasPadamkenapa tak boleh kait dgn LYNAS?
BalasPadamTerima kasih JBA. Nasib baik perkara ni berlaku di negeri yg diperintah BN. Kalau berlaku di negeri Pakatan, alamat bising segala media arus perdana. konon pakatan tak pandai urus bekalan air dsb.
BalasPadam