PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily. “Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut. “Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), dalam satu kenyataannya. Laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu yang bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam. Ikuti seterusnya di SINI[Usaha terancang harus dilakukan oleh kepimpinan pakatan rakyat untuk mencari jalan bagaimana mengajak rakyat Malaysia memboikot utusan secara lebih praktikal. Bagi penyokong pakatan, mungkin ia tidak menjadi masalah tetapi apa ceita dengan para pengundi atas pagar. Apakah kita mahu membiarkan jiwa-jiwa mereka terus dirasuk dengan "ajaran sesat utusan" buat selama-lamanya. Saranan Pesuruhajaya PAS Pahang ini agar menarik, namun apakah kerajaan akan bertindak terhadap sebuah akhbar yang memang menjadi "bahan kempen" mereka itu?. Akhirnya Utusan pasti akan terus dibiarkan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti itu. Maka itu, rakyat perlu berani "menganyang" utusan sekarang. Jangan biarkan mereka terus bertindak biadap seperti sekarang].






selamat tinggal utusan..aku dah 2 tahun tak layan utusan..sebabnya ntah apa2 punye cerita..tak mcm utusan zaman2 mahathir ngan paklah dulu..banyak ilmu dapat..sekarang banyak auto
BalasPadamSejak 1999 lagi aku memang dah tak beli dan tak baca Utusan.Ada orang yg tak beli tapi masih baca.Aku kedua-duanya sekali,sebab aku rasa apa yg di tulis dalam Utusan terlalu merendahkan minda pembacanya.Misalnya dalam isu ini,aku rasa cukup mengarut,tak logik kalau mereka mahu menjadikan Kristian sebagai ugama resmi dan menggugat kedudukan ugama Islam.Kecualilah sekarang penganut Kristian di Malaysia ni dah jatuh sewel,lalu sanggup berangan-angan gila begini.
BalasPadamPenganut dan para ketua ugama Keristian pun cerdik,tak mungkin mereka mahu menimbulkan kekecohan.Di Singapore pun mereka tidak mengambil langkah begitu,sedangkan di sana kedudukan mereka lebih kedepan berbanding dengan masyarakat Islam.
Ini lah,Utusan Umno,dan para bloger mereka memang sedang berpeluh sejuk sekarang ni,takut,setakut-takutnya kehilangan kuasa,jadi mereka jelmakan lah hantu Kristian,hantu Cina dan hantu sex,supaya orang Melayu terus berlindung di celah kelangkang busuk mereka.Pada ketika yg sama tangan merreeka yg panjang terus meraba kesana kemari mengaut harta negara,contohnya yg mutakhir ini,Pos sudah jatuh ketangan kroni yg bernam Pak Syed sebelum itu projek yg bernilai hampir 40 belion pun dah selamat di dalam gemgaman Pak Syed.
Kononnya Utusan grombolan Umno ni sayang benarlah pada Islam ni yek?.Alahai cermin lah diri tu dulu Utusan.
hahaha terkilan ye bila orang dedahkan ada gerakan nasrani yang mengancam umat islam kat Malaysia..
BalasPadamtapi cakap pas perjuangkan islam..takkanlah setuju pulak bila ada puak nasrani nak menghancurkan orang islam..
pelik lah dengan orang pas ni.
memang pelik orang pas, wanitanya tutup aurat.
BalasPadamorang umno wanitanya berjambul.
peliklah namanya tu..
KUALA LUMPUR 8 Mei - Para pemimpin pembangkang dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas disifatkan pendek akal dan fobia dengan laporan Utusan Malaysia apabila bertindak 'menghentam' akhbar itu secara berterusan sejak sekian lama.
BalasPadamTerbaru, para pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut dilihat menyalahkan akhbar itu dengan sewenang-wenang ekoran laporan yang mempersoalkan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menukarkan Kristian sebagai agama Persekutuan bagi menggantikan Islam.
Menurut portal berita Selangordaily, tindakan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan mereka fobia terhadap akhbar berkenaan serta 'pendek akal'.
"Bagi mereka (pemimpin pembangkang), Utusan Malaysia adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
"Apa sahaja isu yang timbul tidak kira daripada mana puncanya, maka mereka akan putar belit untuk menyalahkan Utusan. Pada mereka Utusan harus dihentam habis-habisan sekarang kerana tidak mahu ia menjadi penghalang kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum akan datang," kata laporan itu.
Portal tersebut menjelaskan, berita Utusan Malaysia mengenai isu itu hanyalah bersifat persoalan yang memetik laporan daripada dua blog iaitu 'BigDog' dan 'Marahku' mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, Utusan Malaysia juga bersikap adil dengan menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengenai perkara tersebut pada peringkat awal berita itu.
"Sepatutnya Utusan Malaysia dipuji kerana bertindak adil melaporkan berita dari kedua-dua belah pihak.
"Jika benar Utusan hendak menimbulkan perasaan benci orang Islam kepada orang Kristian atau hendak meniupkan sentimen keagamaan, mereka tidak perlu menyiarkan apa yang dikatakan oleh Jeff Ooi dan tidak perlu untuk meletakkan tanda soal pada tajuk itu," kata portal tersebut.
Untuk rekod, tajuk berita yang disiarkan muka depan akhbar ini semalam ialah "Kristian agama rasmi?"
Jangan pertikai kedudukan Islam - Pemuda Pas
BalasPadamSHAH ALAM 8 Mei - Pas Selangor menggesa masyarakat bukan Islam supaya tidak sekali-kali mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Ketua Dewan Pemudanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan berkata, tindakan mempertikaikan status Islam adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara selain boleh mengundang suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.
"Sekiranya benar ada usaha itu (jadikan Kristian agama rasmi), kita hendak mengingatkan agar semua pihak menghormati perkara yang sedia ada (peruntukan agama rasmi dalam Perlembagaan) yang telah dipersetujui sebelum ini.
"Kita tidak mahu perkara yang menyentuh sensitiviti agama dijadikan isu sehingga mencetuskan ketegangan dan perselisihan di kalangan masyarakat berbilang agama sehingga menjejaskan keharmonian," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan wujudnya pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini dan mereka berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.
Perkara itu didedahkan oleh dua laman blog iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.
Hasbullah yakin seluruh rakyat memahami perkara itu termasuk kesan negatif yang akan timbul sekiranya isu sensitif itu dicetuskan.
Kepada YB Riz, kenapa guna simbol keagungan freemason dan Illuminati, mata satu / mata dajjal / all seeing eye pada gambar anda.
BalasPadamKalau anda muslim, takkan benda basic macam ni pun tak tahu. Sedih betul.
Pencacai UMNO mana ambik peduli hal Freemason Yahudi ni semua. Sebab diorang pun sama je.
BalasPadam