script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Perhimpunan Aman Di Masjid Al-Fatah Selepas Solat Jumaat Petang Tadi Dapat Sokongan

KUANTAN 6 Mei - Satu perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah, Batu Tiga dekat sini petang tadi. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Anti-Lynas itu diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pusat , Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (foto) dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan “Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas” mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera. Ada juga kain rentang yang mempunyai logo 1Malaysia tetapi dengan mesej “1Bantah Kilang Radioaktif (rare earth) di Gebeng”. Pada perhimpunan ini, Nasaruddin dan Suhaimi mendakwa UMNO cuba membawa dimensi perkauman dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi itu. Mereka berkata UMNO ke kampung-kampung Melayu dan memberitahu penduduk bahawa hanya masyarkat Cina yang menentang projek Lynas. “Radioaktif adalah isu sejagat,” kata mereka hari ini.




[Nampaknya rakyat terus turun untuk membantah biar pun berbagai alasan diberikan oleh kerajaan sekarang ini. Atas apa jua alasan, bukan kaum Tionghua sahaja yang terpanggil untuk menyatakan bantahan isu Lynas ini. Kaum lain terutamanya Melayu turut terlibat dalam berbagai aktiviti yang telah diatur. Cuma, sudah menjadi kebiasaan kaum Tionghua lebih prihatin tentang kesihatan dan ia memang tidak dapat disangkal lagi sejak sekian lama. Tambahan pula, media arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian sengaja tidak mahu melaporkan berita tentang bantahan Lynas. begitu juga TV saluran Melayu, hanya saluran berbahasa Mandarin sahaja yang banyak memainkan isu ini secara eksklusif. Lantaran itulah, kaum terbabut dilihat lebih terkehadapan dalam isu seperti ini. Namun, ianya tidak wajar dijadikan alasan untuk kerajaan mengatakan orang Melayu tidak membantah projek tersebut. Bantahan terus diadakan di mana-mana sekarang ini selagi Lynas tidak dibatalkan].

Share:

9 ulasan:

  1. alangkah baiknya jika demo yg dilakukan tadi dilewatkan sedikit lagi selepas solat jumaat bagi membolehkan org ramai menunaikan solat sunat..ni tak, ada yg menonong je lajunya lepas imam selesai bagi salam utk berdemo..mcm tak sempat sangat dah..apapun, LYNAS kena dihentikan seperti pemimpin2 BN yg angkuh..

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada rakyat yg pentingkan keselamatan dan tahniah jugak kepada rakyat yang pentingkan duitan.

    bila pulak nak berdemo didepan permis judi dan maksiat, selagi adanya permis judi saperi spot toto, megnum 4D, 5D dan 6D dan damacai kuda, selagi itu agama Islam dihina.

    BalasPadam
  3. Sepatutnya lama dulu Anwar la yang sepatutnya berdemo tentang judi. Masa dia senang lenang menggunakan dana magnum kenapa dia sayik goyang kaki je?

    BalasPadam
  4. Kepada Anon 2:27. Buktikan Anwar guna duit Magnum. Jangan menjadi sebahagian daripada ahli2 neraka.

    BalasPadam
  5. wah......"ramai" yer orang pi wat demo...........kalau camni kene gelak sakan je di datuk Adnan......

    BalasPadam
  6. siap bawak budak2 tahfiz lagi tuu....

    BalasPadam
  7. daripada bawa mat rempit dan bohsia rempit, lebih baik bawa2 pelajar tahfiz.

    isu lynas ini, isu semua, tapi umno takut nak berdemo, mmg dasar penakut dulu, kini dan selama2nya.

    BalasPadam
  8. tok sah dok kona-kona bro..
    tak kisahla pljr tahfiz ke,mat rempit ke , mat remput ke yg buat demo tu..
    yang penting nak di nyatakan tlg hentikan projek lynas..tu jee..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.