
KUANTAN, 15 Mei - Himpunan Bantah Lynas dihadapan Pusat Perkhidmatan DAP Jalan Beserah dekat sini kecoh apabila empat orang orang aktivis rakyat ditangkap polis. Mereka yang telah ditangkap ialah Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui (foto), dan Setiausaha penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP, telah ditahan Pihak polis berbagai unit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan seramai lebih kurang 50 orang termasuk pegawai telah berada di lokasi terbabit sejak awal pagi lagi. Kelihatan beberapa orang anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota Cawangan Khas (SB) telah bersiap sedia untuk menggempur mereka yang berada di situ. Peserta perhimpunan hari ini diketuai oleh Pengerusi DAP Negeri Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan pimpinan pusat DAP YB Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) dan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang). Ucapan bantahan Lynas telah dimulakan oleh YB Leong Ngah Ngah selepas semua peserta mula berhimpun di kaki lima Pejabat DAP sekitar jam 11.15 pagi. Ucapan ringkas turut disampaikan oleh YB Anthony Loke, YB Azan Ismail dan beberapa yang lain. Sementara itu kawasan terbabit telah dikepong oleh anggota polis yang membuat benteng mengadap pejabat tersebut. Seolah-olah satu peperangan besar akan berlaku. Anggota trafik pula dilihat mengawal lalu lintas dan beberapa orang pegawai polis dilihat mundar mandir di kawasan terbabit, seolah-olah mendapat arahan pihak tertentu supaya melakukan provokasi.

Pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat laungkan "Hidup Rakyat, Stop Lynas"


Orang ramai panik melihat polis lebih ramai dari peserta perhimpunan

OCPD Kuantan, Tuan Jasmani mengarahkan YB Azan hentikan demontasi


Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui antara yang turut ditahan


YB Azan Ismail (kiri) sedang berbincang sesuatu dengan OCPD Kuantan

Salah seorang aktivis wanita antara empat peserta yang ditangkap oleh polis


Benteng, polis sanggup berjemur ditengah panas untuk menghalang rakyat

OCPD Kuantan mengarahkan YB Anthony Loke memberhentikan ucapan
Laungan "Hidup Rakyat, Bantah Lynas" bergema dan ini menimbulkan sedikit ketengangan bila pihak polis mula mahu bertindak agreasif selepas ketibaan Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusoff. Beliau yang agak berlembut ketika himpunan 1,000 Ibu mengandung Bantah Rare Earth sempena hari ibu di Teluk Chempedak baru-baru ini tiba-tiba bersikap keras dengan mengarahkan ucapan dihentikan dan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana tidak mempunyai permit. YB Azan cuba berunding dan mohon kerjasama polis untuk memberi ruang mereka berhimpun secara aman, atas alasan ia tidak perlu permit kerana diadakan di premis sendiri. Ketika itu YB Anthonay Loke sedang menyampai ucapan beliau. Namun, OCPD tetap bertegas mahu perhimpunan tersebut dihentikan atau polis bertindak terhadap mereka. Akhirnya himpunan dihentikan ketika dan mereka memohon pihak polis untuk mengambil gambar beramai-ramai di tempat letak kereta berhampiran. Kebenaran diberikan untuk seketika dan kemudian polis mengarahkan semua bersurai. OCPD sendiri telah menggunakan pembesar suara mendesak serta merayu supaya orang ramai bersurai.
Di Tangkap Kerana Meniarap Atas Kain Rentang
Ketika gambar diambil, OCPD mengarahkan mereka bersurai dan ketika itulah empat orang aktivis itu terbabit ditahan. Mereka digertak untuk ditahan hanya kerana bergambar sambil meniarap di atas kain rentang berlogo "radioaktif". Keempat mereka telah dikejar oleh pihak polis sehingga terpaksa melarikan diri ke dalam pejabat DAP. Namun, mereka akhirnya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atas arahan OCPD Kuantan sendiri. Laungan "Hidup Rakyat, Stop Lynas" sekali lagi bergema ketika kenderaan yang membawa mereka beredar. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan yang lainnya. Mereka yang berhimpun di perkarangan IPD Kuantan kemudianya diarahkan bersurai oleh pihak polis. Sementara itu di Pusat Khidmat DAP, pula Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman dikatakan berang dengan tindakan pihak polis itu. Ini katanya perhimpunan yang diadakan adalah secara aman dan tidak ada sebarang provokasi dan kekerasan oleh peserta. Makanya beliau mempersoalkan tindakan polis tersebut. Alasan permit adalah tidak masuk akal kerana himpunan itu diadakan di premis sendiri dan bukannya dalam tempoh yang lama sebenarnya. Ini menunjukkan polis sepatutnya lebih bertimbangrasa dalam menangani perhimpunan aman seperti ini.

Gara-gara aksi inilah empat aktivis rakyat di tangkap oleh polis pagi tadi

Aktivis yang ditangkap dimasukkan dalam trak polis untuk dibawa ke balai


Antara pemimpin kanan DAP yang hadir ke IPD Kuantan selepas kejadian

YB Teo Nei Ching bergambar dengan aktivis terbabit selepas dibebaskan

Pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat laungkan "Hidup Rakyat, Stop Lynas"
Orang ramai panik melihat polis lebih ramai dari peserta perhimpunan

OCPD Kuantan, Tuan Jasmani mengarahkan YB Azan hentikan demontasi
Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui antara yang turut ditahan
YB Azan Ismail (kiri) sedang berbincang sesuatu dengan OCPD Kuantan

Salah seorang aktivis wanita antara empat peserta yang ditangkap oleh polis


Benteng, polis sanggup berjemur ditengah panas untuk menghalang rakyat

OCPD Kuantan mengarahkan YB Anthony Loke memberhentikan ucapan
Di Tangkap Kerana Meniarap Atas Kain Rentang
Ketika gambar diambil, OCPD mengarahkan mereka bersurai dan ketika itulah empat orang aktivis itu terbabit ditahan. Mereka digertak untuk ditahan hanya kerana bergambar sambil meniarap di atas kain rentang berlogo "radioaktif". Keempat mereka telah dikejar oleh pihak polis sehingga terpaksa melarikan diri ke dalam pejabat DAP. Namun, mereka akhirnya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atas arahan OCPD Kuantan sendiri. Laungan "Hidup Rakyat, Stop Lynas" sekali lagi bergema ketika kenderaan yang membawa mereka beredar. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan yang lainnya. Mereka yang berhimpun di perkarangan IPD Kuantan kemudianya diarahkan bersurai oleh pihak polis. Sementara itu di Pusat Khidmat DAP, pula Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman dikatakan berang dengan tindakan pihak polis itu. Ini katanya perhimpunan yang diadakan adalah secara aman dan tidak ada sebarang provokasi dan kekerasan oleh peserta. Makanya beliau mempersoalkan tindakan polis tersebut. Alasan permit adalah tidak masuk akal kerana himpunan itu diadakan di premis sendiri dan bukannya dalam tempoh yang lama sebenarnya. Ini menunjukkan polis sepatutnya lebih bertimbangrasa dalam menangani perhimpunan aman seperti ini.
Gara-gara aksi inilah empat aktivis rakyat di tangkap oleh polis pagi tadi

Aktivis yang ditangkap dimasukkan dalam trak polis untuk dibawa ke balai
Antara pemimpin kanan DAP yang hadir ke IPD Kuantan selepas kejadian

YB Teo Nei Ching bergambar dengan aktivis terbabit selepas dibebaskan
Sebenarnya ramai pihak yang kecewa dengan tindakan pihak polis itu, mereka seolah-olah mendapat arahan politik agar menggempur program anjuran parti pembangkang sekarang ini. Ia mungkin dek kerana perasaan takut yang begitu menebal dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang melihat rakyat terutamanya orang Cina kini majoritinya beralih arah kepada pembangkang apabila isu Lynas ini gagal ditangani dengan sebaik mungkin. Malah, terdapat ramalan yang mengatakan banyak kerusi DUN di negeri ini pasti akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang jika Kerajaan UMNO BN gagal mendahulukan rakyat dalam isu panas ini. Bayangkan, kini semakin ramai ahli UMNO, MCA dan MIC secara terang-terangan bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk sama-sama menyatakan bantahan. Difahamkan, terdapat juga pemimpin MCA Pahang yang telah bersama-sama menghulurkan dana besar untuk kempen anti-Lynas sekarang. Inilah yang memeningkan kepala pemimpin UMNO BN di Pahang. Jika mereka terus gagal membela rakyat maka pasti harapan besar untuk melihat BN tumbang ditangan pembangkang akan tercapai jua akhirnya. Oleh itu, mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat termasuk menggunakan polis seperti yang berlaku dalam demo Lynas hari ini.
[Apapun, kami ucapkan shabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengadapkan demo tersebut. Biar pun masanya agak singkat, namun ia berjaya menyedarkan rakyat Kuantan betapa perlunya mereka membantah kewujudan kilang Lynas di Gebeng. Difahamnkan keempat-empat aktivis yang ditangkap itu telah dibebaskan oleh pihak polis sekitar jam 5.00 petang tadi. Tidak diketahui apakah mereka akan didakwa atas kesalahan berhimpun tanpa permit atau sebaliknya. Apapun, perjuangan harus diteruskan untuk membolehkan seluruh rakyat di negeri ini benar-benar faham akan bahayanya kewujudan kilang memproses rare earth di negeri ini. Rakyat perlu terus membantah. Stop Lynas Save Malaysia!].






MB Pahang, UPCO dan Tuan OCPD belum pernah mandi dengan pancuran partikel Alpha, sebab itu belum tahu.
BalasPadamMB Pahang, UPCO dan Tuan OCPD belum pernah mandi dengan pancuran partikel Alpha, sebab itu belum tahu.
BalasPadamsalam ziarah.. mohon link blog sy. http://addin77.blogspot.com.blog tuan dh dilinkkan.t.kasih
BalasPadambaru balik jugak dari sana, entah ape polis nak takut, org tak sampai dah penuh sesak dgn dia, ni membangkitkan lagi kemarahan rakyat.
BalasPadamtentu kena bambu dgn pihak atasan nih, dulu kat TC ok kat sini KO
Harap mereka tidak lemah semangat...
BalasPadamHarimau kumbang masuk perangkap
lanie musim kebangkitan DAP, silap2 pru13 semua kawasan dalam bandar diseluruh malaysia DAP sapu bersih.
BalasPadammana ada bandar melayu dimalaysia, semuanya bandar dikuasai olih china, kecuali Kota Bharu sahaja.
dah tau gitu ngape sokong lagi pembangkang.......nk dok bawah perintah pembangkang buat lah....
BalasPadamsaudara anom anom..
BalasPadamparlimen kuantan dan indera mahkota cina ke pegang? masyarakat protes LYNAS la bodoh.
syabas kepada mereka yang inginkan kuantan bebas dari radioaktif.
NI semua pasal politik..depa nak wartawan dtg amik pic pastu masuk paper...at least lepas ni parti depa lagi terkenal la....
BalasPadambukan sbb nak bantu rakyat pun.....sbb nak glamer.....!
jika aku polis dah lama aku tembak babi cina pukimak ni......pastu bagi org2 PASial makan.....
Anon 6:50:00 ni sakit mental ataupun bahasa mudahnya gila kot. Nak racist tak tentu pasal.
BalasPadamKalau nak glamour, banyak lagi cara lain daripada bersusah payah tengah panas... ditangkap polis pulak. Kalau nak glamour baik jadi macam Saiful Bukhari ngaku depan seluruh rakyat Malaysia juburnya dirodok.
Betul..bro..
BalasPadamPolitik punya pasal la ni...
Apa yang bahayanya, entah...
UMNO selalunya mengunakan kuasa polis ataupun mahkamah utk kepentingan politik,ini megakibatkan suara bebas dan hak rakyat digangukan pulak oleh polis!!
BalasPadamAnon 6:50:00: tak payah komen la kalau nk racist
BalasPadamPolis kerja yang mulia,tapi sayang ia 'Dipolitikkan'.
BalasPadam