KUANTAN, 26 Mei - Belum pun ada pengumuman rasmi bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 bakal berlangsung, namun politik Pahang dihebohkan dengan kenyataan rasmi Blogger Cucumatkilau (foto) yang menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya itu nanti. Kenyataan yang dibuat bersempena dengan hari ulangtahun beliau ke-40 itu sungguh mengejutkan, kerana inilah kali pertama seorang rakyat Malaysia berbuat demikian. Umum mengetahui, kebiasaannya calon-calon parti bertanding baik pembangkang mahu pun kerajaan, hanya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti terbabit beberapa hari menjelangnya Hari Pencalonan. Namun, apa yang diumumkan oleh blogger terbabit adalah sesuatu yang diluar jangkaan sama sekali. Apakah motif dan tindakan tersebut, masih sukar untuk difahami. Namun bagi Cucumatkilau (CMK) keputusan yang beliau buat itu adalah atas kerelaan dan keikhlasan hati serta tiada paksaan daripada mana-mana pihak. "CMK mahu bersuara membela rakyat secara lebih agreasif lagi. Jalan terbaik ialah menawarkan diri walau pun CMK kini tidak berparti sebenarnya. Ada yang mengatakan CMK gila kuasa dan memilih jalan yang salah untuk meneruskan perjuangan. Tapi mereka juga harus ingat, akibat tidak memaklumkan keputusan mahu menawarkan diri sejak dari awal lagilah akhirnya nama CMK tercicir dalam senarai calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan 2010 yang lalu. CMK dipersalahkan oleh pimpinan tertinggi PKR Pahang, kerana tidak memaklumkan secara rasmi hasrat tersebut. Sedangkan CMK sudah mewar-warkannya di dalam Facebook dan blog CMK sendiri. Mungkin kesilapan itu menyebabkan CMK akhirnya gagal untuk membantu memperkasakan "Media Baru" parti secara lebih praktikal lagi. Lantaran itu juga, CMK tidak mahu melakukan kesilapan buat kali yang kedua", kata satu kenyataan beliau dalam blog peribadinya.
[Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya beliau mahu bertanding atas tiket parti apa?. Umum mengetahui blogger terbabit pernah bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Kemayan (foto) pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Bahkan pada tahun 2004 (PRU-11) juga beliau pernah diwar-warkan sebagai calon PKR DUN Lepar, tetapi dikeluarkan selepas berlaku krisis Keadilan Bahagian Paya Besar ketika itu. Paling mengejutkan beliau juga telah mengumumkan pengundurannya dari PKR pada bulan Februari 2011 yang lalu atas hasrat untuk menjadi aktivis bebas. Kini beliau bergerak aktif sebagai aktivis dan sering terlibat dalam program rakyat seperti isu bantahan Lynas dan banyak lagi. Ramai yang menjangkakan beliau keluar PKR dan akan sertai UMNO ketika itu. Namun jangkaan itu meleset dan beliau lebih agreasif dalam menjuarai isu-isu rakyat. Terbaru beliau kabarnya akan melancarkan blog anti Lynas awal Jun ini. Maka itu, ramai yang tertanya-tanya atas tiket parti apakah beliau akan bertanding pada PRU-13 ini. Daripada maklumat dalaman yang dikenal pasti blogger terbabit juga telah menyenaraikan beberapa DUN yang menjadi pilihannya iaitu DUN Chenor, DUN Kuala Sentul, DUN Pulau Tawar dan DUN Semambu. Tidak pula diperolehi maklumat beliau mahu kekal di DUN Kemayan yang ditandingi pada PRU-12 lalu. Sebelum ini beliau juga ada menyatakan hasrat untuk menentang PM Najib Razak di Parlimen Pekan. Namun, persoalannya apakah hasratnya itu akan menjadi kenyataan?. Ikuti kenyataan penuh tentang hasrat beliau tersebut di SINI].

Payohh pulokk kawan nak beli ubat halau nyamuk kalau CMK doh jd YB ;-)
BalasPadamtahniah diucapkan kpd CMK kerana ada keinginan nak bertanding sbg YB, sekurang2 anda lebih melayu dari melayu2 lain yg sentiasa dengki dan irihati jika ada orang yang hendak berjaya dalam hidup.
BalasPadambolih dikatakan bandar2 besar diseluruh malaysia, dikuasai olih bangsa lain sbb mereka bersatu, org melayu masih lagi dari dulu hingga sekarang asyik hasad dengki sesama sendiri.
anom 10:31:00 PM.. Nampak sangat kau ni bangang!! Nak tau kenapa?? Sapa yg lebihkan bangsa lain bertanding di bandar.. BN atau PR.. Contoh kawasan melayu dikuasi bangsa lain gara2 BN..
BalasPadamAmpang.. Ong teng kiat - kalahkan syed shahrir pkr.. Apa salah.. Letaklah calon melayu..
Nasib baik Tan Sri Khalid (PKR) menang di kawasan majoriti melayu paling besar di parliment bandar tun razak... Yg aku heran napa BN letakkan tan chai ho kat situ?? Nampak sangat BN nak bodek cina..
Padan muka.. Cina pun tak pangkah cina...
Aku rasa lah kau ni sudah2 la nak ngarut.. Gunakan otak kalau nak katakan sesuatu..
P/s... Malam tadi gi dangdut ke bro??? Jgn marah.. Nanti kena jual!!!!
kenyataan sebenarnya, kerajaan BN la lebih meminggirkan bangsa Melayu..
BalasPadamFakta: pada PRU11 yg lalu, Umno telah menang majoriti yg lebih besar berbanding gerakan. Tapi KM diberi kpd KS Koon. Walaupun mendapat bantahan paling hebat org Melayu.. BN tetap kasi KS koon
fakta: BN Perak majoritinya Melayu.. Tapi MB kasi kat Zamri... Zamri tu India (mamak) hahahaa..
fakta pertama tadi aku tujukan ke Penang..
BalasPadamaku tak kisah bangsa mana kat malaysia ni nak jadi wakil rakyat aku.kita bukannya mintak banyak pun janji dia buat kerja dia betul2 & tak tipu rakyat. tu je. tak susah kan?
BalasPadambetul amat rodong weh,kawan sokong
BalasPadamaku pun begitu.. Tapi kalau kita tengok langau2 Umno ni tak habis2 ngata PR lebih utamakan bangsa bukan Melayu.. Kita lihat bagaimana bagusnya guan eng di Penang.. Telus.. Cekap.. Bersih.. Org Melayu di sana dijaga dgn baik.. Buktinya.. Aktiviti ke agamaan termasuk di masjid diutamakan.. Masa Gerakan?? Hampesss... Gerakan, 'Tak Gerak Tak Makan' la kata org Penang...
BalasPadamWahai PKR dan PAS..
BalasPadamTeruskanlah 'persebadanan' dan 'persetubuhan' haram dengan DAP.