KUANTAN, 21 Mei - Gara-gara tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap mereka, maka kira-kira 1,700 orang nelayan Kuantan mengadakan mogok dan protes besar-besaran hari ini. Protes yang diadakan berhampiran Jeti Sg.Kuantan (Taman Esplanade) itu bermula jam 11.00 pagi itu dan berakhir kira-kira jam 1.30 petang. Orang ramai yang lalu lalang dan bersantai di kawasan itu terkejut melihat beratus-ratus buah bot nelayan berlabuh secara berkumpulan di kawasan terbabit. Paling mengejutkan, majoriti daripada bot-bot tersebut didapati mengibarkan bendera UMNO. Tidak diketahui apakah motif mereka, namun apa yang jelas tindakan tersebut menyebabkan pihak berkaitan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menyaksikan sahaja dari jauh. Mungkin jika mereka mengibarkan bendera parti pembangkang, sudah pasti pihak berkuasa akan mengarahkan mereka bersurai agaknya. Menurut sumber, mogok tersebut bertujuan untuk menyatakan protes mereka kepada pihak kerajaan kerana memberi layanan istimewa kepada nelayan asing untuk berkeliaran di perairan negara ini. "Kami kecewa nelayan Vietnam diberikan kemudahan subsidi diesel oleh pihak kerajaan, sedangkan kami terpaksa membayar harga yang tinggi untuk membeli minyak itu", kata seorang nelayan.

Bukti, bendera UMNO berkibar pada bot nelayan yang mogok tersebut

Antara ratusan bot nelayan mogok yang disusun dekat Jeti Sg.Kuantan
Menurut mereka lagi, protes terpaksa diadakan selepas melihat tiada langsung tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa akan masalah ini. "Nelayan Vietnam mengganggu kawasan kami, mereka menggunakan pukat yang panjang sehingga 2 kilometer dengan dua buat bot besar (sepasang) untuk menangkap ikan di perairan negara kita. Ini menyebabkan rezeki kami merudum. Mereka dijaga oleh orang berkepentingan di Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sendiri. Orang tempatan dibiarkan menyewakan lesen menangkap ikan kepada nelayan asing. Kami sudah beberapa kali mengadu tetapi mereka abaikan. Maka itulah kami terpaksa turun memprotes hari ini", kata seorang nelayan yang juga AJK Persatuan Nelayan Kuantan. Persoalannya sekarang, kenapa jabatan terbabit gagal bertindak sedangkan terbukti mereka menjejaskan pendapatan nelayan tempatan. Malahan majoriti nelayan tempatan juga adalah penyokong kerajaan dan merupakan ahli UMNO dan MCA itu sendiri. Kenapa mereka diabaikan dan masalah mereka tidak diselesaikan sejak sekian lama. Kenapa nelayan asing (Vietnam) boleh beroperasi di perairan negara kita, sedangkan ia jejas memperjudikan kedaulatan kita.
[Difahamkan protes itu sepatutnya berlangsung hingga jam 2.00 petang, namun dek kerana kehadiran beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh maka kesemua nelayan terbabit diarahkan meninggalkan lokasi berkenaan. Ada diantara mereka marah dengan kehadiran pemimpin pembangkang, yang kononnya mengganggu kelancaran protes aman berkenaan. Dalam keadaan huru-hara seperti itu pun mereka nyata takut kepada kerajaan UMNO BN, sedangkan nasib mereka tidak dibela oleh mereka. Justeru itu, kita agak hairan dengan sikap nelayan-nelayan ini yang seolah-olah hidup dalam tekanan gara-gara mahu membuat protes mempertahankan hak-hak mereka. Kami sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan info lengakp berkenaan isu ini. Sesungguhnya, jika benar ada yang menyewakan lesen mereka kepada nelayan Vietnam maka itu adalah satu tindakan penderhakaan yang tidak wajar dilakukan rakyat Malaysia].

Bukti, bendera UMNO berkibar pada bot nelayan yang mogok tersebut

Antara ratusan bot nelayan mogok yang disusun dekat Jeti Sg.Kuantan
[Difahamkan protes itu sepatutnya berlangsung hingga jam 2.00 petang, namun dek kerana kehadiran beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh maka kesemua nelayan terbabit diarahkan meninggalkan lokasi berkenaan. Ada diantara mereka marah dengan kehadiran pemimpin pembangkang, yang kononnya mengganggu kelancaran protes aman berkenaan. Dalam keadaan huru-hara seperti itu pun mereka nyata takut kepada kerajaan UMNO BN, sedangkan nasib mereka tidak dibela oleh mereka. Justeru itu, kita agak hairan dengan sikap nelayan-nelayan ini yang seolah-olah hidup dalam tekanan gara-gara mahu membuat protes mempertahankan hak-hak mereka. Kami sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan info lengakp berkenaan isu ini. Sesungguhnya, jika benar ada yang menyewakan lesen mereka kepada nelayan Vietnam maka itu adalah satu tindakan penderhakaan yang tidak wajar dilakukan rakyat Malaysia].






Kesian mereka...
BalasPadamVideo Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011
Bolehtak kita bertukar blog list ?
BalasPadamThanks,
Video Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011
hmmmm baru je minggu TPM jumpa nelayan2 tu ape kes pulak nih
BalasPadamEntahlah, nelayan ni pun tak tahu apa yg mereka perjuangkan. Dah terang kerajaan aniaya mereka, tapi perangai bodoh sombong mereka menolak kedatangan ahli parlimen kuantan yg cuba membantu. Ingatlah, dah berpuluh tahun ditipu pun masih tak sedar2. Nasib kamu lah wahai nelayan... Kamu yg buat pilihan, kamu tanggunglah. Orang bodoh macam kamu memang makanan orang penipu macam umno@bn!
BalasPadamnelayan tu pung macang pokcik&mokcik d felda, biar pung pahit+kelat kena telang jugak..keh..kehh
BalasPadamitu laa tahap akai puak nelayang kite.......bodoh piang....
BalasPadamdok asyik kena mcm tu pun....tak boleh nak pikiaq lagi........
takut jugak depa kat umphorno tu ye.....
kah kih keh keh kah..........
nelayan harus lebih kan usaha, jgn terlalu meminta.... dari atas sampai ke bawah dilitupi subsidi, bermula dari harga diesel, subsidi bot, subsidi pukat dsb....tapi akhirnya kena buli peraih menyebabkan pendapatan tak seberapa.
BalasPadamKekadang ada gak nelayan yg tak berapa rajin turun ke laut, tetapi bila org asing terlepas masuk,, ta pulak meraung.....
Kesian memang kesian, tp masalah sikap turut membantut usaha kjaan selama ini!
Esok bila PRU sokong lagi umno. Tak ke bodoh.....
BalasPadamMelayu asli kat malaysia ni takut sgt nak buat perubahan......
Ubah je dulu....tak bagus esok ubah balik....
Barulah pemimpin takut nak gula2 kan rakyat...
aku nak cari anak dara keluarga nelayan ni lah, nak buat bini no 2, ada tak?
BalasPadamSI PUZIAH ni memang kejenya menangguk di air taik, nak buat camner. Bila ada isu je bukan datang nak menyelesai tapi datang nak tambah minyak...apa punya jenis pembangkang mcm ni...selama ni dah berapa kali si PUZIAH LAMPIR ni bertemu dan membantu keluarga nelayan...tolong bgtau sikit....
BalasPadambiasalah....org pahang.....
Ada tujuan politik la tu.... apa lagi "pemimpin2 harapan" BN turun padang dan "dengan bersungguh-sungguh" mereka "mendengar dan mengambil berat" masalah nelayan2 miskin.....
BalasPadamwayang je.... mcm bertih jagung, lepas ni sunyi sepi balik..... pilihanraya dah dekat kwn2.....
Bangang berganda. Takkan takde seorang dua ahli keluarga nelayan itu yang 'celik akal' terkesan akan helah UMNO/BN yang membangangkan mereka hingga bergenerasi...? Sesiapa yang dah terpalit dengan virus UMNGOK memeang payah nak dipulihkan. Nak sedarkan bahawa mereka 'tersakit' dek virus UMNGOK itupun amat sukar. UMNO/BN telah berjaya membodohkan melayu hingga bergenerasi...
BalasPadamSemoga Pakatan Rakyat terus menerus berusaha mengeluarkan saku baki pesakit umngok berkenaan.
Mentaliti sebelum merdeka. Takut nak gi spital. Lebih percaya dukun yang bermain tahyul.
BalasPadamCamtulah BN yang ditunggangi umno mendakyahkan melayu. Bobrok para pemimpin umno itu dah tak dipercayai lagi bahkan dianggap biasa sahaja (barangkali mereka sama-sama seperangai). Sama macam mereka percayai sepenohnya kepada dukun tahyul walau diperjelaskan berkali-kali.
Sengsara dah melingkari diri berketurunan masih tak sedar. BANGANG!!??
Mengapa mereka begitu?
Sebab mereka berkitabkan akhbar dan pengadap setia stesyen tv tunggangan umBM itu. Para pemimpin UMNO/BN itulah dukun kepercayaan mereka.
Sedarlahlah dan berhentilah daripada menggantungkan nasib kepada UMNO/BN itu. Anda berubah maka sistem pemerintahan serta individu yang mentadbir negara juga ada ruang membuktikan perubahan itu. Jika tidak maka teruskanlah berketurunan dengan kejumudan mentaliti warisan umBN yang dipasakkan kebenak dan saraf anda itu. Jangan sibuk-sibuk nak berdemo. Pilihan anda sendiri. Sendiri pilih sendiri tanggung.
Berdemo jugak, maka orang akan kata anda sememangnya 2X BANGANG.
Nasib baik u all, pasang bendera ameno, klu pasang bendera pkr, pas atau dap, aku ingat Tentera Laut diraja, kapal selam diraja, maritim dan polis laut dan lanun2 laut datang serang u all para nelayan.
BalasPadamlepas ni i harap, bas ekspress, lori kargo, lori indah water, taksi semua berarak ramai2, tapi ingat, mesti pasang bendera ameno..
kesiang puok nelayang hok duk ckp depang tv pong bawok masuk puok vietnang pah tu duk jd hero nelayang konong-konong vietnang duk menyusohkang nelayang tempatang, YB pong teruh blakong konong-konong ambik berak hal ehwal puok nelayang,tp bila puok nelayang gi dumoh nok mintok tulong dengang YB,YB duk nyorok dalang umoh duk maing dengang bibik indong hok seksi..... kesiang-kesiang puok ni....
BalasPadamPDO,
BalasPadamPlz cek pasal rumah pangsa PAKR Pak Mahat...apa BN buat ha?samapi sekarang xble duduk???