script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Misteri Kematian Altantunya Shaariibuu, WikiLeaks Dedahkan Ada Campurtangan Politik Melindungi Najib Dari Dikaitkan Dengan Kes Itu

SHAH ALAM 18 Mei - Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks. Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan. Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib. Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu. Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan. Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, ketika itu diterajui Najib. Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda terima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.


Ngeri, disinilah lokasi Alntantunya Shaariibu dibunuh. Anehnya siapa yang
arahkan Sirul dan Azilah bunuh wanita itu jika bukan Razak Baginda

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa “hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh).” Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu. Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya. Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman. Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30. Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.

[Nampaknya PM Najib Razak bakal terperangkap dengan permainan politik ciptaannya sendiri sekarang. Jika sebelum ini beliau seronok melihat musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlakukan sedemikian rupa oleh undang-undang rimba. Maka kini tibalah masanya untuk beliau dan isterinya Rosmah Mansor berhadapan dengan satu pendedahan panas oleh WikiLeaks yang pastinya menyebabkan mereka bagai "cacing kepanasan" sekarang ini Isu pembunuhan Altantunya yang disangka sudah berakhir akhirnya dibongkarkan semula oleh blogger panas itu. Ia bukan sahaja mengejutkan, malahan bakal menyebakan Najib dan Rosmah mungkin tersungkur kali ini. Jika kes liwat Saiful yang mangsanya "tidak mati" itu pun Mahkamah Tinggi mahu Anwar membela diri, masakan kes bunuh Altantunya yang mangsanya mati diletupkan oleh dua individu yang bertugas dengan Najib si Razak Baginda dibebaskan tanpa dipanggil membela diri?. Bukankah ini membuktikan wujudnya campurtangan politik dalam kes tersebut. Malahan rakyat juga tidak tahu bila masa Sirul dan Azilah dihukum gantung. Apakah mereka sudah mati atau riwayat hidup mereka dimatikan demi menutup misteri kes ini. Segalanya bakal terjawab andainya kes pembunuhan ini dibongkarkan semula nanti].
Share:

23 ulasan:

  1. JAWAB JANGAN TAK JAWAB UMNO PURNO, PANDI KUTTY

    BalasPadam
  2. pepalih melantong baunya

    bau bende ni yek hehehe

    BalasPadam
  3. Yang peliknya mana perginya bahan bukti tubuh dan cebisan mayat
    pembunuhan itu?

    Mana perginya lapuran forensik mengenai hal itu?

    Kenapa pihak peguam negara tidak membenarkan memanggil beberapa orang atasan polis, Najib dan rosmah?

    Macamana si razak baginda boleh terlepas tanpa membela diri?

    Kenapa pernyataan bahawa Najib ada menghubungi KPN Musa Hassan tidak diambil kira mengenai pembunuhan itu?

    Mungkinjuga pernyataan "I help you...You help me" digunapakai dalam perbicaraan terlawak itu

    BalasPadam
  4. RPK mengatakan rosmah dan najib tidak terlibat dgn pembunuhan ini,tuduhan tersebut adalah konspirasi pak sheikh atas najib dan pak sheikh juga baik dgn tentera yg bernama azmi,tiada kemungkinan ke yg pak sheikh yang mengarahkan azmi meletupkan pelacur tersebut?sebab pak shekh dengan pelacur selalunya macam isi dengan kuku...

    BalasPadam
  5. tukang gantung tak bertaliRabu, Mei 18, 2011 10:13:00 PTG

    sirul dan azila bila nak digantung,

    BalasPadam
  6. Najib dan Rosmah semakin menggelupur kepanasan.

    BalasPadam
  7. so mamat seko ni nak reka cipta fitnah baru plak yang pak sheikh annuar ni bukan setakat peliwat,pas tu penzina,pas tu pembunuh pulak dah....???.hahaha awat dah terasa dah kaa bahang kepanasan yg makin menghampiri bapak jibtuya pun terpalik kat anda mamat umno totok...???...

    BalasPadam
  8. Agk2 la nk tuduh Najib.dia org baik bini dia pun 2 bulan sekali pg umrah,bekas imam Kg Pekan pahang pulak,dia plak x penah pun terlibat dgn khalwat dgn mana2 artis di PD berbanding Mat Sabu..dia jugak org pertama yg tengok tgn saiful bontot terketar2 masa kena toron dgn anwar,ishhh korang ni,Najib ni maksum tau x baik tuduh...

    BalasPadam
  9. Bukan mustahil yang mengarahkan pembunuhan Altantuya adalah Dato Sri Anwar Bin Ibrahim. Satu Malaysia tahu bahawa seboleh-bolehnya Anwar tidak mahu melihat Najib naik menggantikan Badawi sebagai PM. Anwar tahu bahawa kalau Najib sudah jadi PM. maka peluangnya untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi PM semakin tertutup rapat. Anwar tahu bahawa Najib bukan seperti badawi. Siapa tidak kenal makhluk bersiung, bertanduk dan berekor yang bernama Anwar itu?

    BalasPadam
  10. Anwar adalah dalang utama di sebalik pembunuhan Altantuya!

    BalasPadam
  11. Anwar PELIWAT.
    Anwar PENZINA.
    Anwar PEMBUNUH.

    BalasPadam
  12. ajak borak2 kat mahamah

    BalasPadam
  13. PEMIMPIN CELAKA BUAT RAKYAT SENGSARA

    BalasPadam
  14. Sebagai zaman pak lah dulu aku sebagai org kampung cukup berterima kasih. Byk juga peruntukan projek2 pertanian yg disalurkan.

    zaman najib ni peruntukan byk untuk kroni semula, terutama utk projek melibatkan rosmah.

    hidup semakin tertekan zaman najib ni.

    minyak dan brg harian makin melambung naik. lebih teruk dari zaman pak lah

    BalasPadam
  15. untungnya kita ada DSAI kalau tidak semua hal yang berlaku simpan bawah ketiak mak badak umnopurno pandi kutty dengan pencacai angkat najis

    BalasPadam
  16. Anuar arahkan bunuh altantunya ...????Tu lah otak orang UMNO porno tak berapa cerdik .masuk blog maki hamun mengutuk tak ada idea dan fak ta .harap baca utusan malaysia yg rugi berjuta juta baru 3 bulan pertama 2011 Kerugian sebelum cukai Utusan Melayu (M) Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011 meningkat kepada RM6.893 juta berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

    Inilah hasil sumpah saiful dan askay.nah tu bukan bala kagi?

    BalasPadam
  17. saje nak bagi komentar sikit..
    bila saya bace tulisan yang pro pr mereka mengemukakan fakta dan hujah dalam tulisan mereka..

    tapi bile saya bace tulisan yang pro bn mereka mengunakan tulisan dendam kesumat dan maki hamun saje..

    dari segi moral kita boleh bandingkan yang mana tulisan yang betul2 dan yang mana tidak betul..

    BalasPadam
  18. si langau seko tu mmg selalu merayau kat sini.. gini je la.. aku cadang kat kau wahai si langau.. kau buat satu blog sendiri.. tajuknya 'aku sorang langau Umno'.. kau tulis cerita sendiri.. lepas tu kau komen sendiri dan baca sendiri.. hahahahaha...

    BalasPadam
  19. Langau... aku nak tanya kau.. apa kena mengenanya anwar dgn si model cun tu.. dan yg pasti kalau lah betul apa yg kau cakap tuh langau... dah lama anwar kena... macam juga rasuah.. kalau anwar tu pengamal rasuah dah lama dah kena... bangang betul kau nih...

    PDO.. aku cadangkan kau buat cadangan supaya Najib terima pelawaan anwar utk berdebat...

    BalasPadam
  20. Anwar itu bangkai busuk dan berulat...
    Pengampu dan pencacai Anwar adalah lalat dan langau
    Langau dan lalat memang suka kepada benda2 busuk
    aku tumpang kesian dan geli hati
    Hahahah..

    BalasPadam
  21. najib nak debat ngan anwar?berbuih macam saberi la nampaknya..ingat x ari tu berbuih mulut saberi..lepas tu terus jaga sukannnn

    BalasPadam
  22. TERBARU : GEMPAR ANWAR BERJUBUR LAGI?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.