
KUANTAN, 22 Julai - AJK Dewan Pemuda PAS Pahang yang juga merupakan seorang peguam iaitu Fadzli Ramly (foto) berikrar akan lawan habis-habisan di mahkamah ekoran penangkapannya di Rompin awal bulan lalu kerana memakai baju kuning Bersih 2.0. Kes beliau yang disebut pada Rabu, 20 Julai lalu bakal dipanggil semula pada 28 Julai ini. Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan kerana mempamerkan logo pertubuhan haram. “Saya rasa pendakwaan dan penangkapan saya hanyalah satu tindakan terdesak kerajaan, berniat jahat, zalim, tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan. “Dakwaan hanya memakai lambang satu usaha mereformasikan sistem pilihan raya pada baju jelas menampakkan sikap pengecut kerajaan. Perhimpunan belum berlangsung, sedangkan perhimpunan patriot yang jelas sebuah pertubuhan tidak berdaftar memakai baju merah bertulisan ‘patriot’ dibiarkan tanpa sebarang tindakan.“Jadi ini jelas satu tindakan terdesak Umno yang takut melihat kebangkitan rakyat dan gerun berhadapan dengan realiti demokrasi,” katanya. Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hoi Kai Ping dan Hisham Ramzan. Perbicaraan kes itu kelmarin mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir. Apa yang menarik pada perbicaraan itu, kedua-dua tertuduh telah mengenakan pakaian T-Shirt kuning yang tertera perkataan "Kotor 13.0" sebagai tanda protes.


Tanda protes, Fadzli dan Abd Manaf tunjukkan baju kuning "Kotor 13.0"


Berbincang dengan peguam, hadir sama Ustaz Fadli dan Ustaz Fadzil Noor
Tanda protes, Fadzli dan Abd Manaf tunjukkan baju kuning "Kotor 13.0"
Berbincang dengan peguam, hadir sama Ustaz Fadli dan Ustaz Fadzil Noor
[Beliau bersama AJK PAS Dun Tioman, Abdul Manaf Hassan, 41, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 masing-masing dengan seorang penjamin pada 20 Julai lalu selepas ditahan polis kerana memakai baju Bersih selepas berceramah di Markaz PAS Kampung Mentara, Rompin awal bulan ini. Mereka dibebaskan kira-kira pukul 3 pagi dengan jaminan polis selepas diambil keterangan. Fadzli merupakan peguam pertama yang ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih. Difahamkan satu program Bicara Bersih akan diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang pada 25 Julai ini. Difahamkan, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan Siti Aishah Shaik Ismail (Srikandi PKR) bakal hadiri. Maka, eloklah penganjur menjemput sekali Fadzli Ramly bagi memperjelaskan kepada rakyat tentang penahanan dan perbicaraannya].






Kesimpulannya:
BalasPadamJangan Pangkah Dacing.
-MatCermin-
padan muka lah hampa..aku suka sgt tgk korang
BalasPadamSemenjak PKR mengambil alih pemerintahan negeri Selangor beberapa agensi yang selama ini mempunyai wang yang banyak tidak pernah sunyi dari masalah. Semua masalah melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa. Antaranya ialah Yayasan Selangor dan PKNS.
BalasPadamBagi PKR inilah masanya untuk mereka mengangkut keluar wang-wang dan harta yang ada pada agensi-agensi berkenaan untuk mereka dan kroni-kroni mereka.
Sebagai permulaan kepada pendedahan bersiri ini kami ingin mulakan siri pertama berkenaan dengan penipuan perlantikan sebuah syarikat untuk menguruskan telemarketing PKNS.
Pada 28 Julai 2010 mesyuarat pengurusan PKNS telah melantik sebuah syarikat yang bernama Tetuan People Source (M) Sdn Bhd untuk menguruskan telemarketing PKNS dengan nilai kontrak RM 1.34 juta bagi tempoh satu tahun.
Keputusan untuk menyerahkan kontrak tersebut tidak dibentangkan dalam komiti tender PKNS. Peraturan telah menetapkan setiap kontrak yang melebihi RM 500 ribu hendaklah diputuskan dalam mesyuarat tender.
Orang yang bertanggungjawab memilih syarikat tersebut dan membentangkannya dalam mesyuarat ialah Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Pn Madihah. PKNS Holdings adalah anak syarikat kepada PKNS.
Setelah menyedari perkara tersebut menjadi satu kesalahan dan dalam masa yang sama kontrak tersebut hendak diberikan juga kepada syarikat kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender, maka proksi PKR dalam PKNS iaitu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan dibantu oleh Puan Madihah dari PKNS Holdings telah membuat keputusan agar kontrak tersebut dipecahkan kepada tiga syarikat dan setiap satu syarikat akan dianugerahkan kontrak yang bernilai RM 447 ribu.
Dengan cara itu maka kontrak tersebut boleh diberi kepada syarikat kroni-kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender.
Setelah dipecahkan kepada tiga syarikat maka timbul lagi perasaan tamak dalam diri Othman dan Madihah, lalu mereka menukar keputusan daripada memberi kontrak yang asalnya satu tahun kepada dua tahun kepada setiap syarikat tersebut. Setiap syarikat dapat kontrak yang bernilai RM 894 ribu untuk dua tahun. Untuk tiga syarikat bagi kontrak dua tahun jumlahnya RM 2.68 juta.
Setelah siasatan dijalankan oleh beberapa pihak dalam PKNS didapati ketiga-tiga syarikat yang diberi kontrak tersebut didapati mempunyai kaitan satu sama lain. Diringkaskan cerita, tuan yang sama, nama syarikat lain-lain.
Lebih malang salah sebuah syarikat yang diberikan kontrak tersebut, Ping Technologies yang ditubuhkan beberapa bulan sebelum diberi kontrak telah diberi bayaran pendahuluan sebanyak 60% oleh PKNS Holdings. Ini menunjukkan syarikat tersebut tidak mempunyai kekuatan kewangan bagi menjalankan projek yang diberi.
Satu lagi persoalan yang timbul yang cukup-cukup meragukan dalam hal ini ialah penglibatan Pn Madihah dari PKNS Holdings yang diberi kuasa untuk memutuskan syarikat yang hendak dipilih untuk menguruskan telemarketing PKNS, sedangkan PKNS Holdings adalah sebuah anak syarikat PKNS.
Cukup setakat ini untuk pendedahan pertama, nantikan pendedahan seterusnya.
Selangordaily
PR sendiri pun tak BERSIH..dok kalut nak bersih orang
BalasPadamKerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri
BalasPadamDatuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini.
sistem biometrik tak relevan masih tak bersih yg paling relevan ialah dakwat KEKAL KALAU INI DIGUNAPAKAI PADA PRU KE 13 SAYA PASTI BN akan tersungkur di bumi bertuah ini rakyat dah muak dgn karenah umno/BN yg memerintah 53 tyhn yg kaya raya adalah pemimpin2 umno/BN dan kroni2 nya, sudah lah dan cukup cukup lah berkuasa. Anon 12:24 AM, 24 julai tak usah lah kamu nak kelentong tentang PKR rakyat selangor lebih tahu akan kebajikan yg di buat oleh kerajaan selangor yg x puas hati adalah org2 umno dan pencacai2nya, sbb mrk dah biasa makan rasuah dan kronisma sbb itu tertubuh nya AMANAH oleh Tengku Razaleigh Hamzah .
BalasPadamPR sendiri pun tak BERSIH..dok kalut nak bersih orang
BalasPadamKalau dah dasar parti kaki bontot.... pusing manapun bau taikkkkkk.. kah...kah...kah...
BalasPadamKESIMPULANNYA:......
BalasPadamJangan Pangkah Dacing....
Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
Jangan Pangkah Dacing....
Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
Jangan Pangkah Dacing....
Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
Jangan Pangkah Dacing....
Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
Baik bersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah...
BalasPadamKESIMPULANNYA:......
BalasPadamJangan Pangkah Parti Angguk Saja....
Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
Jangan Pangkah Parti Kencing Rakyat....
Tapi Pangkahlah UMNO.. UMNO..UMNO..