script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi Bersih 2.0: Polis Menayangkan Video Klip "Beberapa Insiden" Untuk Jawab Tohmahan

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Seperti dijanjikan, polis semalam telah menayangkan klip video beberapa insiden yang berlaku ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap mereka. Tidak terhad kepada wakil media, beberapa persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO juga menyaksikan tayangan yang turut memaparkan kejadian di Hospital Tung Shin. Taklimat dan penjelasan diberikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mohd Rashid (foto). Lokasi tayangan, Dewan Theaterette Bukit Aman yang penuh sesak dengan wakil media dan NGO. Dibahagikan kepada beberapa segmen, Datuk Salleh menjelaskan satu persatu tohmahan dan insiden mengaitkan keganasan dilakukan anggotanya. Bermula dengan pra-perhimpunan, video memaparkan kawalan dan sekatan yang dilakukan anggota polis meliputi Unit Simpanan Persekutuan, FRU, Unit Tindakan Ringan, LSF dan Unit Rusuhan Ketenteraman Awam. Menggunakan pendekatan sabar, bertahan dan menilai situasi, PDRM menangani keadaan di Jalan Pudu, KLCC, KL Sentral, Dataran Maybank dan Hospital Tung Shin. [ Video 1 Video 2 Video 3 Video 4 ].

[Penjelasan dan video yang didedahkan oleh pihak polis ini mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak sebenarnya. Tambahan pula, ia terlalu lambat untuk dikeluarkan seolah-olah ada operasi suntingan (editing) untuk memaparkan adengan terpilih dilokasi yang berkenaan. Sedangkan rakyat sudah melihat video asal yang didedahkan oleh ramai pihak di lokasi-lokasi berbeza yang lebih banyak dari itu. Namun, hakikat perlu diterima bahawa pihak polis juga melaksanakan tugas mereka seperti yang diarahkan oleh pihak atasan. Memang benar akan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini dalam keadaan emosi dan panas seperti tu. Maka jalan yang terbaik ialah, satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala dakwaan yang diperkatakan. Ini kerana rakyat tidak akan percaya apabila polis menyiasat polis, tambahan pula klip video tersebutjuga ditayangkan dalam kawasan polis di Bukit Aman. Maka, mana mungkin ini boleh diterima mereka. Keyakinan rakyat terhadap polis akan terus pudar jika senario ini tidak dipulihkan semula. Lakukanlah sesuatu !!].
Share:

11 ulasan:

  1. SEBAGAI SEORANG BEKAS TENTERA.....

    KOMEN SAYA........

    POLIS DIAJAR SUPAYA JANGAN MENGAKU SEBARANG KESALAHAN.............

    KAMI YANG TURUT SAMA MENYERTAI PERHIMPUNAN DAN SETELAH TGK BANYAK VIDEO DI YOUTUBE.......

    BANYAK SEBENARNYA KEKASARAN YANG POLIS BUAT....

    LAIN2 MALAS KOMEN.........

    BalasPadam
  2. Alasan yang di berikan oleh pihak polis menyebabkan lebih ramai rakyat tidak yakin dengan polis, terlalu mudah menyangkal, sedangkan yang kita tahu lebih teruk dari itu.

    BalasPadam
  3. org ckp jgn berhimpun,nk berhimpun gak!!idiotttt!!!!dh rmai2 mmg susah nk cntrol!!!idiotttt!!nk sgt berhimpun,tgung jela akibat!!!idiottt!!!!bos@ lepak hotel korang mcm org giler duk berhimpun!!idiottt!!!!pape pun,bhimpun bkn cara terbaek!!!idiottttt!!!

    BalasPadam
  4. Anon 12:34,, anda dah emosi...abis kamu suruh kami duk umah tgok berita TV1,TV3,baca utusan,berita harian dan pangakah BN..dan terima saja BN sebagai yg terbaik dan benar..gitu?..malang sekali klu ramai takyat yg berfikiran spt anda..

    BalasPadam
  5. 100,000org yg sokong bersih kot out of 27juta rakyat malaysia!!!cintailah keamananan malaysia!!try gi negara2 mundur,miskin tgk!!!from there baru u tau erti keamanan!!stakat duk mesia jer..leh r ckp!!syukur ana diberi peluang gi merata dunia...mesia aman dmai..suarakn dgn cara berhemah...bukan bhimpun!!!

    BalasPadam
  6. Nak suarakan macam mana lagi. Segala akses media disekat. Ajak berunding taknak. Benda dah lama, saja je kerajaan dan SPR buat pekak kpd tuntutan Bersih.

    Saya juga dah pergi merata dunia, tapi x jumpa negara yg polisnya kacau Perhimpunan Aman, x jumpa lagi negara yang sgt x demokrasi mcm Malaysia ni.

    BalasPadam
  7. Sedih polis malaysia low class. Baik jadi anjing daripada jadi polis.

    BalasPadam
  8. Jangan buat andaian menambah dosa kerana anda bukan seorang anggota Polis atau tentera..pada aku senang aje,pemikiran rakyat Malaysia sudah terlajak jauh, sebab apa..yg benar dikatakan tidak,yg tidak benar pula dikata betul,pakar pakar komen belajar bahasa Arab sahaja dlm kitab Al-Quran,tidak ambil pengertian dan ajaran Islam sebenarnya. Tubuhlah S'jaya yg paling tinggi pun tetap tak akan percaya. Serupalah isu kematian TBH,habiskan duit juga akhirnya...apa cara anda nk betul keadaan? Tumbangkan kerajaan? sudah tentu tidak boleh kerana apa aku dengar bahawa pimpinan PR telah mengakui bahawa PR tidak semua bertanding kerusi Parlimen.Bayangkan sebanyak 222 kerusi Pas hanya bertanding antara 40 hingga 60 shj. Oleh itu lupakan hal politik dan apa yg anda perlu perbuat aku sarankan perjuangan anda hanya didiklah keluarga anda menjadi orang yang soleh...

    BalasPadam
  9. orang kampung lebih percaya video yang budak-budak ambik, kerana budak-budak tu jauh lebih profesional, dan tidak ada niat nak menipu atau menambah-nambah, mereka ambil gambar orang berbaris pakai serba hitam kepala merah, water canon dan asap, pas tu ambik gambar member kena tangkap, bab layanan baik tu siapa pun boleh cakap, kalau dah sampai lebam dan luka, itu namanya sopan santun, baiknya... tapi pakcik dan makcik di kampung sekarang tak percaya dah.

    BalasPadam
  10. Ambiga Akui Agong Titah Batalkan Demonstrasi Jalanan 9 Julai

    SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

    Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

    “Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

    “Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu… semua orang pun tahu mengenainya,” katanya pada majlis Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

    Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

    Wacana bertajuk ‘Apa selepas 9 Julai’ itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin sebagai ahli panel.

    Selain itu berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

    “Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

    “Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana,” katanya.

    Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut menyatakan bahawa faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka diteruskan.

    “Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya

    BalasPadam
  11. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.