
KUANTAN, 21 Jun - Sambutan terhadap ceramah Bob Lokman (foto) di Felda Bukit Goh dekat sini malan tadi agak tidak mengecewakan, biar pun ia diadakan dalam sebuah tanah rancangan Felda yang sudah pastinya menjadi kubu kuat UMNO BN selama ini. Bekas Pengkritik Raja Lawak dan Pengacara Rancangan Teksi Tunai Astro, yang kini telah bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bercerama bersama pimpinan PAS setempat iaitu Ustaz Suhaimi Md Saad (Naib Ketua PAS Indera Mahkota) dan juga Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan YDP PAS Kawasan Kuantan) jam 9.00 malam ini. Sebelum itu, penulis lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan rock Search itu telah rakyat bersama dalam satu majlis ramah mesra dan Hi-Tea bersama rakyat di Warung Pak Abu, Felda Bukit Sagu 2 pada jam 5.00 petang semalam. Beliau kemudian akan menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Kg.Panching, Jalan Sungai Lembing pada jam 7.30 malam sebelum ke pentas ceramah. Program adalah anjuran PAS Kawasan Paya Besar. Dalam ceramahnya, Bob sekali lagi membongkarkan rahsia kenapa beliau memilih PAS sebagai landasan perjuangannya. "Biar pun saya mendapat berbagai tohmahan dan kritikan yang di facebook saya, namun bagi saya itulah perjuangan. Saya gembira dengan apa yang saya lalui sekarang. Saya tidak pernah kata sertai PAS sebagai landasan untuk ke syurga, itu adalah tuduhan yang dibuat oleh mereka yang kecewa dengan keputusan saya. Mereka tergamak menghina agama dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu. Bagi saya, PAS adalah landasan terbaik untuk saya meneruskan sisa-sisa hidup ini.
Antara sebahagian orang ramai yang hadir ke ceramah Bob malam tadi
Buku Report Card MB Pahang tulisan Syed Ali turut dipromosi malam tadi
Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan buku MB Pahang dan Bob sendiri


Ustaz Suhaimi dan Cikgu Sulaiman Md Derus juga berceramah malam tadi


Terpegun mendengar penerangan isu Lynas oleh Ustaz Suhaimi Md Saad


Baju T-Shirt Stop Lynas juga turut dijual oleh anak muda AMK Pahang
Selama bertahun-tahun saya terjebak dengan dunia hiburan yang penuh maksiat dan kini dipenghujung usia tibalah masanya untuk saya kembali ke landasan kebenaran. Selama ini juga memang saya sering bergaul dengan ustaz-ustaz PAS, cuma sekarang saya membawa diri serta keluarga mendaftar sebagai ahli PAS. Saya tidak kecewa dengan hala tuju perjuangan yang saya lakukan ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang", kata Bob Lokman. Dalam ceramahnya juga Bob banyak mengajak orang ramai supaya menjadi orang Islam yang lebih bertaqwa seperti yang dituntut oleh agama. Baginya kerajaan yang ada hari ini, banyak merosakkkan minda umat Islam dengan menyajikan berbagai-bagai bentuk hiburan yang melalaikan, hingga generasi muda alpa dengan tanggungjawab mereka terhadap Islam. "Kini saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon selepas beralih arah. Maya Karin sudah tidak hubungi saya lagi sekarang", kata Bob secara berseloroh. Sementara itu, sebelum Bob berceramah terlebih dahulu Cikgu Sulaiman Md Derus memulakannya. Beliau banyak mengulas tentang isu penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan BN terutamanya di negeri Pahang. Banyak isu yang dibongkarkan untuk menyedarkan rakyat kenapa perlunya mereka membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke-13.Ustaz Suhaimi dan Cikgu Sulaiman Md Derus juga berceramah malam tadi
Terpegun mendengar penerangan isu Lynas oleh Ustaz Suhaimi Md Saad
Baju T-Shirt Stop Lynas juga turut dijual oleh anak muda AMK Pahang
[Naib Ketua PAS Kawasan Indera Mahkota, Ustaz Suhaimi Md Saad pula lebih banyak membongkarkan isu Lynas kepada orang ramai. Masing-maisng terpegun melihat penerangan berfakta beliau yang turut menggunakan LCD Projector itu. Banyak rahsia tersembunyi yang masih belum terjawab dalam isu Lynas telah didedahkan. Ternyata sambutan program ceramah anjuran PAS Paya Besar malam tadi berjaya mencapai matlamat. Sambutan hangat yang ditunjukkan oleh orang ramai membuktikan bahawa rakyat Pahang ternyata mahukan perubahan. Biarpun lokasi adalah dalam kawasan Felda, namun ternyata para peneroka dan generasi kedua sudah semakin berani untuk menyatakan bantahan sebenarnya. Tahniah dan syabas kepada tuan rumah kerana berani mengadakan program tersebut dirumahnya. Difahamkan, sebelum ini ceramah oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga telah diadakan di lokasi yang sama. Perubahan harus dilakukan demi generasi akan datang].






Kenapa tak sebut Bab juga dapat hadiah 'BOOOOOOOO....' drpd penduduk setempat? Bob bernasib tak dapat hadiah bom telur busuk!
BalasPadamkalau awak tak sukakan dia, tak payah le komen. Maklumlah peminat selebriti yang dedah sana, dedah sini.
BalasPadamsemoga umPORNO Pahang kalah PRU 13 !
BalasPadamBiarlah geng2 BN/UMNO nie melalak sana sini. Memang dah kerja mereka. Kepada pejuang2 Islam, kita buat kerja dengan hati yang tabah walau pelbagai cabaran dan dugaan sehingga perit untuk kita hadapi. Perteguhkan kekuatan dalaman dan ikhlas kerana Allah. Nabi Muhammad pun pernah dihina dan dicaci dalam menegakkan kebenaran perjuangan Islam. Sebagai umat Islam, kita hendaklah contohi idola kita semua.
BalasPadamalhamdullilah bob lokman,berubah dari yg buruk kepada baik..agk2 boleh tak pegi ceramah kat big mama suh tutup aurat ngn bertudung ? bini dier Najis tuh nampk cam xbley nak didik je..kah kah kah
BalasPadamRosmah x bertudung takpe, sebab tok guru UMNO selalu ajar, jgn nilai dari segi pakaian. Tak tutup aurat takpe asal hati baik. huahuahua.
BalasPadamkah kah kah harap2 anak perempuan pencacai umPORNO pegi sekolah pakai bra dengan suar dalam je,yg laki pakai kain pelikat yg dapat dari hadiah undi umPORNO,
BalasPadamx tutup aurat xpe,asalkan hati baik..
masalahnya big mama nih dahla tak tutup aurat,hati bukun main busuk agi,,pyla jeles Najis mengandungkan Altantuya,habis dic4nya altantuya..kah kah kah..duit rakyat abis disonglap untuk shopping,majlis tunang anak
Takpe bunuh org, songlap duit rakyat... asal hati baik
BalasPadamhamba Allah yang atas sekali tu ce cerite sikit booo tang mana? hang pi ke tak? cakap ikut sedap je... ni lah... tk tahu nak cakap.
BalasPadambiasalah pihak umPORNO menyebarkan fitnah..dulu,kini dan selamanya..itu je la keje umPORNO !
BalasPadamTahniah kepada PAS, PKR dan DAP yang sentiasa memberikan kerjasama dalam setiap program Pakatan....semoga rakyat sedar untuk berubah menguburkan BN dalam PRU13...
BalasPadamya Allah.. janganlah kau pesongkan hati2 kami kerana datangkan orang2 yang pura2... jauhilah hati2 kami dari kekeliruan & kerisauan sebab mereka ... yang lupa yang Engkau Maha Melihat lagi Maha Mengetahui...
BalasPadamTahniah rakyat malaysia kerana sudah ramai yg sedar segala kecelakaan yg telah di lakukan oleh umnobeend yg menjahanamkan negara dan amnya islam itu sendiri,sesungguhnya ramai rakyat malaysia yg sedar tidak sabar menunggu ketibaan PR13 utk kita jadikan umnobeend sebagai pembangkang di bumi malaysia tercinta ini
BalasPadam