script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hakim 'Tolak Permohonan' Peneroka Halang KPF Melupuskan Ekuiti Dalam Felda Holdings Berhad Kepada 'Felda Global Venture Holdings' (FGVH) !!

KUANTAN, 2 April - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak keputusan injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Peguam Mohd Haris Abdullah (foto) yang mewakili kumpulan peneroka itu, ketika ditemui pemberita berkata Hakim Dato' Mariana Yahya membuat keputusan itu setelah meneiliti hujjah daripada kedua-dua belah pihak. "Injuksi telah ditolak atas beberapa alasan iaitu pertamanya; mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari hanya mengatakan bahawa satu perbincangan akan diadakan. Ia tidak mengatakan bahawa satu keputusan akan dibuat. Bukan seperti mana mesyuarat yang telah diadakan pada 5 Januari lalu. Mesyuarat pada tarikh itu (5 Jan) mengatakan KPF akan meluluskan usul untuk memindahkan ekuiti. Tapi dalam mesyuarat pada 22 Februari (22/2) hanya perbincangan saja. Jadi mahkamah kata apa isu kita nak larang, takkan kita nak larang orang berbincang, melainkan kalau agenda dia sama seperti pada 5 Januari maka kita boleh larang mereka lakukan perkara tu. But the problem is ... that is no agenda ti transfer the equities .. bermakna permohonan kita ni .. pra matang (pre-matured) .. belum ada lagi cadangan untuk lupus. Cadangan pertama dah dibatalkan, cadangan kedua ni tak ada lagi.. baru nak bincang boleh ke tak boleh. Kalau kita buat keputusan boleh, mungkin kemudian dia akan buat mesyuarat untuk dapatkan resolusi untuk lupuskan benda tu belum berlaku .. so mahkamah tak boleh buat anggapan mengatakan benda tu akan berlaku dan larang sekarang", kata peguam Harris. Sementara itu, beliau turut menjelaskan faktor kedua yang menyebabkan Hakim menolak permohonan tersebut ialah kerana penyataan bahawa perlupusan aset KPF bernilai RM3.13 bilion itu tidak disokong dengan bukti-bukti yang kukuh.






"Maksudnya sekarang ini, apa yang dikatakan itu kita perlu dapatkan laporan daripada Felda. Kita "handicap" di situ ... so tak dapat. Kalau ada pun ianya under OSA (Akta Rahsia Rasmi). Macam mana kita nak ketengahkan kalau kita ada pun. Lepas tu kalau kita ada kita akan ditangkap. Keduanya, dia (Felda) tak kan bagi... the result.. semua itu terhad, sulit dan diklasifikasikan dibawah ISA. Sedangkan report pun telah dibuat oleh Felda. So, bermakna kalau tindakan kita mahu buktikan kenyataan itu memang kita tak dapat buktikan. So bermakna sekarang ini apa yang kita buat (permohonan) kita hanya bersandrkan kepada spekulasi dan khabar angin, sebab kita tak dapat buktikan. Tapi saya tak salahkanlah dengan peneroka yang bawa kes tuu.. sebab mereka pun tak dapat.. tapi kita tahu benda tu akan berlaku. Hanya kini kita tak dapat buktikan apa yang akan berlaku", kata beliau. Faktor ketiga dan terakhir yang menyebabkan hakim menolak permohanan tersebut ialah hakim berpendapat bahawa mahkamah bukanlah forum yang betul untuk memutuskan isu tersebut. "Di bawah Seksyen 82-2 Akta Koperasi mengatakan bahawa kalau ada perjalanan mesyuarat atau pun perniagaan yang tidak betul dalam mana-mana koperasi maka Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang ada kuasa. SKM jer berkuasa bukan mahkamah. Lagi sau dibawah Seksyen 47 Undang-Undang Kecil Persatuan mengatakan bawahan Lembaga Pengarah kalau dia tersilap langkah atau merugikan dia punya ahli maka dia harus bertanggungjawab tanpa sebarang liabiliti. Bermakna kalau apa-apa berlaku kepada peneroka, kita "attack" Lembaga Pengarah.. kemudian bukan sekarang. So itulah alasan-alasan yang telah diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan. Apa yang kita akan buat selepas ini, kita akan bagi tahu kemudian. Kita akan berbincang dulu sebab taks empat nak bincang. Sama ada kami akan merayu keputusan ke Mahkamah Rayuan atau pun kami akan "stop" di sini, akan diputuskan kemudianlah", tambah Harris lagi dalam sidang medianya selepas perbicaraan tersebut.


Dato' Zainal Hassan beramah mesra dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
calon PAS yang menewaskan beliau semasa PRU-10 lalu di DUN Jengka

[Kira-kira 100 orang penyokong telah sama-sama hadir bagi mendengar keputusan tersebut pagi tadi. Turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi ialah Ahli Lembaga Pengarah KPF yang dipecat dari Felda Holdings Berhad iaitu Dato' Zainal Hassan. Beliau yang juga merupakan bekas ADUN Jengka (4 penggal) dan sempat menjadi Exco Pahang sebelum Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 lalu turut beramah mesra dengan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang menewaskannya ketika itu. Turut kelihatan ialah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi, Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan) serta wakil peneroka dari Felda Cahaya Baru Johor dan Felda Labu Sendayan Negeri Sembilan. Turut kelihatan ialah beberapa orang bekas kakitangan Felda yang sudah bersara serta kini membongkarkan penyelewengan oleh agensi terbabit].
Share:

10 ulasan:

  1. Kah...kah...kah....jgn lwn kerajaan tak menang!!!

    BalasPadam
  2. Inilah acara politik,yg bukan di buat secara teliti dan berniat baik.Semata-mata utk menyusahkan pihak lawan,akhirnya diri sendiri yg kelihatan bodoh.Benda macam tu pun tak boleh nak atur dengan teliti dan dgn fakta yg jelas ,macam mana lah Aliman nak tahu pasal penyeneraian ni.Aliman tak faham dan kemudian cuba pula mengelirukan orang Felda supaya mereka semua sama-sama rugi.Inilah yg di gelar bodoh tak boleh di ajar.

    BalasPadam
  3. Ada orang mengutuk tindakan lapan peneroka Felda diPahang itu memohon injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menghalang KPF dari melupuskan ekuitinya dalanm FHB telah ditolak sebagai tindakan bodoh kerana tidak memahami keadaan yang sedang berlaku.

    Sebenarnya tindakan lapan peneroka Felda itu betul dan mereka memang sepatutnya bertindak awal sebelum pihak penaja seperti Isa Samad dapat melakukan lebih jauh lagi. Mencegah lebih baik dari merawat.

    Kita jangan lupa bahawa Mohd. Najib telah memberi peringatan kepada para hakim yang mengadili kes felda supaya mengutamakan situasi felda dari orang yang menyaman felda.

    Dalam sejarah kepimpinan UMNO Baru dari zaman Tun Mahathir hingga ke era DS Mohd. Najib tidak ada satu pun perniagaan yang dilaksanakan berjaya dengan cermerlang. Majoritinya adalah rugi dan bangkrap.

    Tolong senaraikan nama syarikat yang diterajui oleh pemimpin UMNO Baru yang berjaya, jika ada....?

    BalasPadam
  4. KITA BERLAWAN DENGAN UMPORNO, BUAT GUANA PON TAK BERJAYA, CARI LAH MEKANISMA LAIN YANG LEBIH BERKESAN. SYABAS KEPADA PR DAN ANAK. INSYAALLAH,BERJAYA JUGA DI MASA YANG LAIN. TAKBIR............

    BalasPadam
  5. Kau orang bukan saja kalah di dunia ,sekarang di akhirat pun kemungkinan besar kalah juga,kerana terlalu mengikut telunjuk Anwar al Jubori dan fatwa songsang Nik Aziz al nyanyuki.

    BalasPadam
  6. PAS Selangor sudah menganggap isu murtad perkara kecil tapi,pengundi hantu perkara besar.Murtad issu real,sedangkan undi hatu hanya pihak yg kalah yg mewar-warkanya.

    BalasPadam
  7. biala KPF masuk FGVH. peneroka dapat untung.entiti Koperasi Permodalan Felda (KPF) ni xde kaitan ngan tanah milik peneroka.kalo ko nak beli saham KPF ni sebelum KPF ikut FGVH masuk bursa mmgla kene bagi geran ngan salinan ic.die nak tgk ko ni mmg betol2 peneroka dan tanah ko mmg dalam kawasan felda.nak beli saham KPF ni pon de kuota. sudah2la,berenti la dengki ngan peneroka.

    BalasPadam
  8. Lantak pilah. Aku ngan keluarga aku bukanya asal dari felda. Lantaklah apa nak jadi aku peduli apa hahahaha....

    BalasPadam
  9. Lantak pilah. Aku ngan keluarga aku bukanya asal dari felda. Lantaklah apa nak jadi aku peduli apa hahahaha....

    BalasPadam
  10. Sapa lantik bos KPF yang baru ni..? lantik diri sendiri ke..? bagus punya makhluk ALLAH ni.tapi bos ke jadi ahli dululah...begong

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.