script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Sungguh Hairan Pabila PM Najib Razak Berbangga Dengan Kekalahan BN Di Manek Urai, Bayangkan Apa Akan Terjadi Jika Mereka Menang

Kalah di Manek Urai, tetapi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak (foto) berpuas hati kerana undi Melayu meningkat terhadap BN. Malah katanya, selepas 103 memerintah dan membuat berrbagai-bagai dasar serta pembangunan baru kepada rakyat kini ia seolah-olah menampakkan hasilnya. Begitulah luahan Najib ketika mengulas kekalahan tipis BN dengan hanya 65 undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil kawasan itu semalam. Beliau yang kini berada di Mesir kerana menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) juga berkata, kekalahan itu amat membangga dan memberangsangkan. Ini mebuktikan bahawa BN sudah kembali diterima rakyat, terutamanya orang Melayu. Dalam pada itu, Najib juga telah mengucapkan tahniah kepada Pengarah Pilihanraya BN, Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamad atas perkara itu. Malah, beliau juga mengucapkan tahniah kepada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang kalah itu. Menurut Najib lagi, kekalahan BN dengan majoriti tipis itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN kian meningkat. Bahkan beliau yakin sokongan itu akan terus bertambah pada masa yang akan datang. “(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi Insya-Allah. “Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan,” katanya. Jika dengan kekalahan di Manek Urai sekali pun puak-puak UMNO sudah mendabik dada dan dengan ego serta sombong mengatakan mereka sudah diterima oleh majoriti rakyat.

Jika kalah pun Najib sudah berkata begitu maka apatah lagi jika mereka menang agaknya?. Mujurlah kekalahan jua yang menimpa. Mereka fikir rakyat "bangang" seperti puak-puak mereka. Kekalahan di Manek Urai dengan jutaan wang ringgit yang ditaburkan sebenarnya amatlah memalukan. Bukan sahaja mereka dibantu oleh segala bala tentera seperti Polis, SPR, Kemas, Jasa hatta segala instrumen kerajaan dipergunakan dengan sewenangnya. Namun hasilnya tetap "kalah". Malah itu belum termasuk lagi dengan kerja jahat media arus perdana yang menjadi "tukang kempen" mereka, maka ternyata rakyat benci dengan semua itu. Tawaran janji-janji pembangunan yang dibuat oleh Muhyiddin ternyata ditolak oleh rakyat. Itu belum termasuk wang rasuah atas nama sumbangan yang dihulurkan kepada rakyat. Memang benar, PAS akhirnya akur dengan kemenangan majoriti tipis itu. Namun, hakikatnya yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah biarpun dengan satu undi. Maka sepatutnya BN harus akur dengan kekalahan dan mengadakan muhasabh diri atas segala kesilapan yang berlaku. Perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan berbagai tipu daya, penyelewengan, propaganda serta provokasi BN selama ini. Namun, atas kerana kekuatan jemaah dan percaya kepada pertolongan Allah maka akhirnya kemenangan terhidang buat mereka. Apapun syabas diucapkan buat PAS !!

[Seronok dengan kekalahan, bererti UMNO sudah kian tiba ke penghujung jalan. Mereka terlupa dengan segala suratan dan takdir yang berlaku. Badi kekalahan demi kekalahan yang menimpa jelas sekali merupakan satu amaran buat pemimpin UMNO dan BN agar kembali ke pangkal jalan. Tindakan yang diluar batas kemanusian yang dilakukan kepada rakyat akhirnya bakal menjerumuskan mereka ke kancah kehinaan. Oleh itu, Najib tidak perlu terlalu gembira dengan "majoriti tipis" yang diperoleh oleh PAS. Ia terjadi kerana penipuan dan strategi jahat BN yang membeli serta merasuah rakyat yang tidak berdosa supaya memangkah mereka. Itu belum termasuk dengan budaya ugutan yang berlaku sejak sekian lama].
Share:

17 ulasan:

  1. Biarkan Umno dgn telatahnya. Pas dan PR pula mesti mencari punca kenapa orang muda tolak PR dan mengatasi masalah itu. Jika asyik menyorakkan Umno saja setiap masa, kerja kita sendiri tidak terlaksana.

    BalasPadam
  2. Dah menang pun masih marah lagi. Masih tuduh itu dan ini. Bayangkan kalau PAS kalah, akan bergegarlah bumi ini dibuatnya.
    Sbgai parti tulen islam dan sbg parti islam yg "benar" kemenangan ini saharusnya disambut dgn penuh kesyukuran walau pun majoriti amat tipis. Tetapi sebaliknya, masih lagi tidak bersyukur atas anugerah Allah yg amat berharga ini. Janganlah asyik mendabik dada dgn islam PAS yg dibanggakan selama ini. Janganlah asyik bermegah dan sombong serta angkuh dgn islam a la PAS ini. Janganlah asyik meninggi diri dan memandang hina pada islam lain selaian dari PAS. "Islam for all" sebenarnya islam for PAS, dan mesti ikut cara PAS bukannya cara yg termaktub dlm al qur'an dan sunnah.
    Barangkali Allah telah menurunkan sedikit peringatan pada mereka-mereka yg suci dan mulia ini supaya jangan sombong, jangan angkuh, jangan menghina, jangan riak sbb SEMUA orang islam adalah sama disisi Allah S.W.T.

    BalasPadam
  3. Buta Pekak Bisu........
    Al-Baqarah

    BalasPadam
  4. BARISAN NASIONAL KALAH DI MANEK URAI WALAUPUN TELAH MEMBERI WANG SAKU KEPADA PENGUNDI. JANGAN TERKEJUT BILA ANDA DAPAT TAHU YANG PEMBERI WANG TERSEBUT SUDAH CATUKAN BAHAGIANNYA.

    ROMEO

    BalasPadam
  5. BN kata keputusan MU membuktikan rakyat menerima baik kepimpinan Najib. Pada pendapat saya, kepimpinan Najib tidak mampu dan tidak layak dibanggakan serta mesti ditukar kerana dapat dikalahkan oleh PENJUAL IKAN sahaja.
    Fikir fikirkan lah

    BalasPadam
  6. Aku suka sangat tengok DSN pakai serban, teserlah wajahnya bagaikan seorang ulamak, bertambah berseri dengan senyuman berbibir merah delima. mudah2an DSN akan kekal memakai serban, dapat pulak pahala mengikut sunnah nabi s.a.w

    BalasPadam
  7. tentu sekali ds najib bangga atas keputusan di manik urai,sebab gelongan muda sudah menerima bn dan pengundi atas pagar sudah berubah selera,taniah pas menang,tapi buatlah analisa dengan ikhlas tetang 63 kelibehan undi itu..dengan hati terbuka.kami terima kekalahan,tapi kalah dalam kemenangan,orang marhaen dan low class saja yang suka buat gambar ds najib sebegitu.pembela bn tidak akan sekali2 berbahasa bawahan

    BalasPadam
  8. PEMBELA UMNOBN HANYA TAHU MENGGOSOK DAN MENGURUT TEMOLOK PEMIMPINNYA. JIKA PEMIMPIN KATA YA WALAUPUN SALAH. MAKA PEMBELA UMNOBN PUN AKAN ANGGUKKAN KEPALA MACAM BEROK DI ZOO.

    ARGUS

    BalasPadam
  9. terima kaseh diucapkan atas perkataan berok itu,saya sentiasa berdoa anon 1037 menjadi manusia yang baik dan beriman..amin

    BalasPadam
  10. pengundi di manek urai telah membuat keputusan mengekalkan pas sebagai wakilnya jadi kepada calon yang menang jalankankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat janganlah sebuk nak jual ikan lagi, dan kalau boleh tambahkanlah ilmu tu supaya dapat membantu menjadi wakil rakyat yang ada kelas, melihat cara jentera muslimat berkempen sudah jauh berbeza, kalau dulu mereka berkempen dengan berbekalkan potongan hadis tetapi kini sudah membawa bekalan dan buah tangan termasuklah duit saku.. jadi jangan asyik menuduh orang lain saja yang mengamalkan rasuah sebaliknya diri sendiri menafikannya,, kalau buah tangan ini bukan rasuah,, apa agaknya yang boleh dinamakan agaknya.tepuklah dada tanya nafsu..

    BalasPadam
  11. pembela bn tidak akan memnyokong mana2 orang bn yang salah,termasuk ds najib,salah tetap salah,tak ada sesiapa mengatasi undang2,di dunia ini,jika ds najib ada kes terhadap dirinya dia pun tak terlepas dari undang2,tidak ,pembela bn tidak tunduk kepada sesiapa yang membuat salah,termasuk ds najib,hidup barisan national.no body is above the law,maka jagan buat tuduhan sebarangan

    BalasPadam
  12. puak puak pas pun tahu merekalah yang banyak bagi rasuah tapi tutup mata. tak percaya ko tanya lah orang manik urai. keji betul lah puak puak pas ni...sendiri buat tapi tak mengaku.

    BalasPadam
  13. alamak kurang ajarnya melayu celaka ni,sanggup buat gambar pm macam tu,malulah pada bangsa asing , aku pun benci kat iblis,tapi aku tak buat lukisan macam tu,setan pun tahu hormat tau

    BalasPadam
  14. Saya tidak bersetuju jika PM mengambarkan rasa gembira dengsn keputusan di MU. Saya agak kecewa beliau tidak mengakui kekalahan itu dan terus menyedapkan hati dirinya dan ahli-ahli UMNO yang lain. Keputusan majoriti yang tipis bukan perkara yang perlu dibanggakan oleh PM dan BN. Kita tidak boleh menilai satu perubahan itu berdasarkan bilangan majoriti sahaja namun pada hakikatnya UMNO tewas diMU yang sepatutnya menang.PM perlu menerima kenyataan tersebut dan adalah silap jika beliau mengucapkan tahniah kepada yang tewas kerana ini akan membunuh semangat dan menjadi bahan ejekan kepada golongan lain.Perlu dilihat kebelakang mengapa majoriti tipis tersebut berlaku. Saya beranggapan para pengundi dipengaruhi sentimen bahawa itu hanya pilihanraya kecil dan tidak menjejaskan kerajaan negeri, pengundi cuba untuk mendapatkan sesuatu yang bagi mereka tidak akan rugi untuk membuat perubahan. Sebenarnya UMNO perlu lihat kegagalan mereka untuk menarik ahli PAS menyokong mereka.Sebenarnya UMNO gagal diMU dan kegagalan itu perlu diakui dan dipersalahkan kepada mereka yang menyebabkan kalah supaya mereka tercabar lalu bangkit. Inilah sikap orang kita Melayu terlalu cepat mengalah, memuji walaupun kalah dan akhirnya sikap tak apa akan wujud. lihatlah contoh pasukan hoki, bolasepak dan sebagainya ..tak apa beri peluang... mereka bukan kalah tapi nasib.......... itulah menjadi kata-kata untuk menyedap hati...sedangkan yang nyata kita kalah... itu kenyataan yang tidak boleh ditarik balik..

    BalasPadam
  15. soal politik bukan di taksirkan hanya menang itu, dikatakan menang,mengurangkan majoriti boleh,juga dikatakan menang,kita kena akui negeri kelantan adalah kubu kuat pas,akar umbi pas adalah begitu tebal sejak zaman dato asri lagi,warga emas adalah penyokong tegar,yang tidak mungkin boleh beralih kepada bn,begitu juga bn pun ada penyokong tegar warga emasnya,yang tidak akan beralih kepada pas,tetapi gelongan ini akan berkurangan dari tahun ke tahun,faham apa maksudnya,ada yang akan mininggal dunia,sebab itu pengundi muda menjadi taruhan,di pru 2008 orang muda berpihak kepada pas tapi kini prk manek urai yang lalu orang muda dah mula sedar dan menyonkong kerajaan dan pas menang tipis,atas faktar inilah ds najib nyatakan gembira atas keputusan prk manek urai walau pun kalah,,,bolih dikata pas menang dalam kekalahan,bn kalah dalam kemenangan,,,,fikir sedalam2nya,apa yang tersirat,insyakallah orang muda akan terus sokong bn dan akan kita rampas kelatan pada pru 13,maka berhak lah ds najib gembira dan pembela bn juga turut gembira saya ucapkan terima kaseh kapada adek 2 ku yang mulia,tq

    BalasPadam
  16. Saya berpandangan keputusan pilihanraya di MU disebabkan berikut:

    1. Isu Kerajaan perpaduan
    2. Pengundi atas pagar lebih mengundi BN kerana tawaran-tawaran menarik- akan berbeza bila PRU.
    3. Pengundi tidak risau jika mereka mengundi BN kerana tidak mengugat kerajaan negeri.
    4. Latar belakang calon- pendidikan.
    5. TGNA menjadi tonggak kemenangan PAS di MU.
    6. Penduduk tempatan selesa dengan keadaan sedia ada.
    7. Isu royalti minyak.
    8. Isu-isu kepimpinan dalam PAS dan UMNO.
    9. Janji-janji/tawaran-tawaran memberi kesan positif dan negatif.
    10.Latar belakang ilmu agama,sikap calon

    BalasPadam
  17. prk MU, SATU JER JAWAPANNYA,ORANG DAH MELUAT NGAN NIK AJIS

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.