script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Umat Islam Gesa Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Batalkan Permit 'Fun Fair Aidil Fitri'!

BERA, 15 Ogos - Orang ramai terutamanya umat Islam di daerah ini kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Bera (MDR) yang tidak peka dan menghormati kesucian bulan Ramadhan bila meluluskan permit hiburan "Fun Fair Aidil Fitri" di kawasan mereka. Malah, mereka juga mahu supaya Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) memainkan peranan untuk menarik balik kebenaran itu kerana ia jelas sekali menghina agama Islam itu sendiri sebenarnya. Rata-rata mereka yang ditemui hairan kenapa permit tersebut diluluskan sedangkan sebelum ini sudah banyak aktiviti hiburan diadakan di daerah itu. "Awal bulan lepas (Julai) kawasan ini telah dimeriahkan dengan acara hiburan Fiesta Bera 2011. Ramai artis terkenal dan aktiviti hiburan yang telah diadakan khas untuk orang Bera. Maka, kenapa mahu dibawa masuk lagi acara hiburan seperti ini. Sedangkan ia jelas akan merosakkan akidah umat Islam (orang Melayu) terutamanya generasi muda. Tambahan pula memang terdapat unsuru perjudian (tikam-tikam) yang akan diadakan di kawasan itu nanti. Ramai yang akan berjudi kerana mahu menang hadiah yang ditawarkan. Itu belum termasuk anak-anak muda yang bergaul bebas lelaki dan perempuan di situ nantu. Ini semua jelas merosakkan dan tiada langsung unsur mendidik ke arah mencintai agama Islam itu sebenarnya", kata seorang peneroka.


Bukti, kerja-kerja pemasangan sedang rancak dijalankan di lokasi terbabit

"Fun Fair Aidil Fitri" yang bakal menggamit remaja Islam berkunjung ke sini
Gambar yang dipaparkan ada kerjasama dari blog al-mankaraqi Online
[Tinjaun krew kami mendapati kerja-kerja pemasangan kini sedang giat dilakukan oleh pihak terbabit. Kemungkinan besar ia akan dibuka penghujung Ramadan atau pun ketika umat Islam menyambut bulan Syawal tidak lama lagi. Apa yang lebih menyedihkan lokasi kawasan berkenaan juga berdekatan dengan pejabat Ahli Parlimen Bera itu sendiri. Malah, ia juga berdekatan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan Masjid Daerah Bera. Soalnya, kenapakah pihak yang berkenaan langsung tidak cakna akan perkara ini. Bukankah acara itu jelas bertentangan dengan keberkatan Ramadan dan Syawal itu sebenarnya. Justeru, Ismail Sabri digesa mengambil tindakan dan mengarahkan Majlis Daerah Bera (MDR) agar menarik balik kelulusan permit hiburan berkenaan. Jika tidak, sudah pasti beliau akan berhadapan dengan bantahan rakyat pada Pilihanraya Umum nanti. Ingatlah, Allah Maha melihat apa yang hambaNya kerjakan!].
Share:

7 ulasan:

  1. Salam untuk semua saudaraku,

    Diharap semua blogger(x kira pro manapun) berhenti bergaduh sesama kita. Kita semua tegar jadikan tema Gerakan Anti Komunis dan Kami Sokong Jais dlm blog masing2 sebagai tema perpaduan kita sempena bulan Ramadan mulia ini dan bulan Merdeka. InsyaAllah

    Anony 3.28am
    One Man Show

    BalasPadam
  2. 'Fun Fair Aidil Fitri'!
    Biasa kalau di sebut funfair sinonim nya lebih 90% permainan yang disediakan disitu adalah permainan berunsur perjudian, peserta bebas, siapa pun boleh masuk, kanak2 pun boleh syarat nya mudah letak saja wang, ada had minima dan tiada had maksima sebagai pertaruhan.
    Tiada soal selidik pihak penganjur diletakkan dimuka pintu masuk taman funfair. Hadiah pertaruhan biasa nya bukan lah sijil tabung haji kepada pemenang yang berjaya membaling rotan ke tengkuk botol, atau pun senaskah Alquran sebagai saguhati kepada peserta yang telah kehabisan modal sewaktu meletakan siling terakhir dimeja pertaruhan dart.
    Ada permainan di funfair yang menawarkan hadiah berbentuk seperti arak dari jenama tertentu, rokok pelbagai jenama, minuman tin bergas pelbagai perisa, anak2 patung dan bapak patung dan ada juga datuk patung berbentuk macam sami berperut boroi ditawarkan sebagai hadiah. Ini aku sendiri tenguk mana2 pun funfair diawal tahun 80 an dulu tapi kini tak tahu lah hadiah apa plak penganjur sediakan aku pun tak tahu mungkin meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini dan Shawal yang akan menjelang tiba kemungkinan juga hadiah yang ditawarkan turut mengikut kesesuaian bulan mulia ini kut, mungkin hadiah utama nya menunaikan umrah satu famili mana tahu ?. Hiburan lain seperti buaian serta lain2 dan yang paling bagus ialah ada kugiran... tahun 80an dulu rock le yang jadi kegilaan muda mudi dan joget lambak, sekarang entah le mungkin bertukar nasyid kut kalau tak pun berzanji.

    BalasPadam
  3. Ada org kat majlis dapat "Duit Raya" kot...tau aje le...kalau logi Lynas boleh lulus ni lak fun fair...hai cepat le org2 kat Bera dapat "cucu" nanti..

    BalasPadam
  4. sesiapa yg undi beliau juga akan dapat saham dosa FREE kalau banyak program mungkar dan dosa yg beliau buat semua pengundi dan penyokong beliau terpalit sama....kesian kesian....dapat dosa kering tak pasal-pasal pilihlah lagi undilah lagi nanti bangkrap di akhirat nanti siapa nak jawab

    BalasPadam
  5. Betul. Ustaz Azhar selalu cakap, kalau undi parti yang anjurkan maksiat, dosa maksiat tu kita kongsi sama sahamnya bawak ke akhirat. Undilah UMNO BN APCO Yahudi untuk terus kumpul saham dosa kita bertimbun-timbun.

    Ismail Sabri n anaknya sama je.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.